loading...

Bas Percuma Langgar Jentolak Cuba Elak Motosikal

SABAK BERNAM – Seorang pemandu bas dan seorang penumpang berdepan detik cemas apabila terbabas sebelum melanggar sebuah jengkaut di persimpangan Jalan Haji Abu Samah di Sungai Besar, di sini pagi ini

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi Sabtu itu, perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor milik kerajaan negeri tersebut sedang dalam perjalanan dari Sekinchan menghala ke Sungai Besar.

Menurut sumber, ketika sampai di tempat kejadian, secara tiba-tiba sebuah motosikal memasuki lorong bas menyebabkan pemandu bas membrek secara mengejut sebelum terbabas.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Sabak Bernam mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut sedang dalam siasatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...