loading...

Banduan Akhir Gigit Telinga Warden Penjara Sampai Putus

BENTONG – Seorang warden penjara putus cuping telinga selepas digigit oleh seorang banduan akhir warga Liberia. Banduan tersebut dikatakan tidak mahu dipindahkan bagi tujuan pengasingan di Kompleks Penjara Bentong.

Pada pukul 20.05 petang Rabu, Koperal Mohd. Zamri Razali berusia 37 tahun bersama dengan Ketua Inspektor Penjara dan Anggota Unit Kawalan dan Pencegahan, mahu memindahkan banduan akhir, Nbies Weah Azike 46 tahun.

Nbies yang berkeras tidak mahu dipindahkan telah bertindak agresif memaksa mangsa dan tiga lagi kakitangan penjara cuba untuk menggari tangannya. Nbies melawan dan menumbuk muka mangsa sehingga jatuh tertiarap atas lantai.

Selepas itu dia menindih belakang badan mangsa lalu mengigit cuping telinga kiri sehingga terputus kira-kira 5 sentimeter.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan dan membuat laporan di Balai Polis Lurah Bilut.

Nbies merupakan banduan akhir yang sedang menunggu hukuman gantung. Beliau didapati bersalah mengedar dadah pada tahun 2005 di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...