loading...

“Ayah Memeluk Saya Dari Belakang. Kemudian…”

Seorang gadis berusia 14 tahun melakukan tindakan nekad mengelar pergelangan tangannya sendiri, akibat tekanan melampau.

Gadis berkenaan mengadu kepada ibunya perihal perlakuan ayahnya yang sering melakukan pencabulan seks terhadap dirinya. Malangnya ibunya tidak mengendahkan aduan tersebut.

Tragedi hitam mangsa bermula pada Mac lalu apabila ayahnya memeluknya dari belakang. Selepas itu memasukkan tangan ke dalam baju lalu meramas buah dadanya.

Suspek juga pernah bertindak lebih jauh memasukkan jari ke dalam seluar dalam sebelum meraba kemaluan mangsa. Malah dia juga dicabul ketika membonceng motorsikal pulang dari sekolah.

Suspek yang menghadapi enam pertuduhan mencabul anak sendiri mengaku tidak bersalah di depan Hakim Surita Budin. Tertuduh yang bekerja sebagai pekebun dan berusia 37 tahun ini mempunyai empat orang anak. Mangsa adalah anak sulungnya.

Sementara itu, ibu mangsa pula menegaskan yang suaminya tidak bersalah dan meminta supaya hukumannya diringankan.

Kini mangsa yang dirahsiakan identitinya masih dirawat di hospital di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...