loading...

AS Rasmi Pangkalan Tentera Pertama Di Israel

BAITULMAQDIS – Tentera Amerika Syarikat (AS) merasmikan pangkalan tentera pertamanya di Israel, sekaligus memberikan isyarat kesediaan negara itu kepada seterunya Iran, lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber media tempatan.

Pembukaan pangkalan tentera itu di tengah Israel menghadapi ancaman serantau terutama dari Iran, lapor akhbar Israel Yedioth Ahronoth.

Tentera Israel berkata, pangkalan baharu yang terletak di dalam Pangkalan Tentera Udara Israel di bahagian selatan itu menunjukkan kesediaan Israel berdepan sebarang ancaman dari Iran.

Puluhan tentera AS ditempatkan di pangkalan itu untuk mengendalikan peranti radar bersama tentera Israel yang sebelum ini dikendalikan oleh rakyat biasa berbangsa Amerika sejak radar dipasang di tapak berkenaan sejak sedekad lalu. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...