loading...

8 Pusat Membeli-belah yang Besar Beserta Tarikan Utamanya

Pusat beli-belah atau medan beli-belah ialah sebuah atau segugusan bangunan yang membentuk sebuah kompleks kedai perniagaan, laluan pejalan kaki bersambungan yang memudahkan perjalanan pengunjung dari satu unit ke satu unit, di samping tempat letak kereta – ibarat pasar dalam bangunan yang serba moden.

Di sini Iluminasi senaraikan 8 shopping mall yang tersenarai antara pusat membeli-belah terbesar di dunia, beserta tarikan utamanya yang menjadikan pusat membeli-belah ini sentiasa dibanjiri dengan pelancong serta warga tempatan.

8. Siam Paragon

img 20170928 135635

img 20170928 135700

Siam Paragon merupakan salah satu pusat membeli-belah yang terbesar di Thailand. Terdapat pelbagai jenis kedai dan restoran serta panggung wayang, Siam Ocean World Aquarium, Thai Art Gallery dan pentas opera ditempatkan di sana. Terdapat juga pusat karaoke dan tempat bermain boling yang besar di dalam bangunan tersebut.

img 20170928 135814

7. Berjaya Times Square

img 20170928 135917

Berjaya Times Square sudah pasti merupakan sebuah pusat membeli-belah yang tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia. Terletak di Kuala Lumpur , Berjaya Times Square adalah kompleks menara berkembar yang mengandungi pusat membeli-belah dan dua hotel bertaraf 5 bintang. Dengan 7.5 juta kaki persegi (700,000 m²) kawasan lantai yang dibina, ia kini merupakan bangunan kelima terbesar di dunia. 

img 20170928 140015

img 20170928 140059

Pusat membeli-belah inj mempunyai lebih kurang 1,000 kedai dan 65 restoran dan pelbagai tarikan hiburan seperti taman tema tertutup fi Asia, Cosmo's World dan teater 3D IMAX 2D & 3D Malaysia yang terletak di Tingkat 10.

6. Istanbul Cevahir

img 20170928 140218

img 20170928 140222

Terletak di bahagian Eropah Istanbul di Turki, pusat membeli-belah dan hiburan Cevahir dibuka pada tahun 2005. Ia merupakan pusat membeli-belah terbesar di Eropah.Terdapat 343 kedai, 34 restoran makanan segera dan 14 restoran eksklusif di pusat membeli-belah ini. Antara kemudahan lain yang terdapat di bangunan ini adalah pentas besar untuk acara, 12 bioskop, dewan bowling, roller coaster kecil dan beberapa kemudahan hiburan lain.

5. SM Megamall

img 20170928 140420

img 20170928 140424

SM Megamall di Metro Manila merupakan salah sebuah pusat membeli-belah terbesar di Filipina. Pusat membeli-belah ini telah dibuka pada tahun 1991, dan terdiri daripada 2 bangunan utama. Pusat membeli-belah ini kini dalam proses pengubahusaian dan pengembangan utama. Apabila pengubahsuaian tersebut telah siap, ia akan menjadi pusat membeli belah terbesar di Filipina.

img 20170928 140528

img 20170928 140524

4. West Edmonton Mall

img 20170928 140653

West Edmonton Mall di Edmonton, Alberta Kanada, memiliki lebih kurang 800 kedai dan pusat perkhidmatan. Pusat membeli-belah ini memiliki taman tema tertutup terbesar di dunia, taman tema air tertutup terbesar di dunia dan juga kawasan meluncur ais. Ia juga mempunyai kawasan permainan golf mini 18-hole dan pusat bermain boling.

img 20170928 140747

img 20170928 140751

img 20170928 140754

3. Dubai Mall

img 20170928 142537

img 20170928 142540

Dubai Mall adalah sebahagian daripada kompleks Burj Khalifa, struktur buatan manusia tertinggi yang pernah dibina. Pusat membeli-belah ini mengandungi lebih daripada 1,200 kedai termasuk kedai gula-gula terbesar di dunia, gelanggang ais, pusat permainan SEGA (memaparkan permainan bowling 3D), hotel mewah 5 bintang, 22 skrin pawagam serta 120 restoran dan kafe. Ia juga mempunyai salah satu akuarium terbesar di dunia.

img 20170928 142649

2. SM Mall of Asia 

img 20170928 142805

img 20170928 142808

SM Mall of Asia di Metro Manila, Filipina, telah dibuka pada tahun 2006 dan terdiri daripada 4 bangunan utama. Salah satu tarikan utama mall ini adalah teater IMAX dengan salah satu skrin 3D terbesar di dunia. Pusat membeli-belah ini juga mempunyai gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik.

img 20170928 143146

img 20170928 143147

1. CentralWorld

img 20170928 143256

Dibuka pada tahun 1990, CentralWorld yang terletak di Bangkok merupakan pusat membeli-belah terbesar di Thailand. Pusat membeli-belah ini terkenal dengan kepelbagaian butik dan kedai-kedai yang menjadi tarikan utama penggemar fesyen untuk datang ke lokasi ini.

img 20170928 143259

Sumber rujukan : 

wikipedia

Touropia

Previous
Next Post »
loading...