loading...

5 Tokoh Sasterawan Negara Paling Berpengaruh di Malaysia

Seni dan sastera merupakan satu elemen penting dalam mencipta budaya masyarakat. Tanpa adanya sastera, dalam bentuk penulisan, pembacaan atau penerbitan, sesebuah masyarakat itu akan lemah dari segi identitinya serta tidak mempunyai asas kepada pembangunan ideologi yang lebih mampan.

Tak dinafikan ada bermacam karya yang dapat dibaca ketika ini hasil perkembangan teknologi, namun ada tikanya duduk atas bangku, ditemani secawan minuman hangat sambil memegang buku adalah nikmat yang semakin jarang dapat kita rasai. Membaca sambil minda menggambarkan apa yang kita baca takkan sama dengan perasaan yang kita dapat ketika menonton filem atau video.

Berikut adalah 5 sasterawan negara yang paling banyak membentuk masyarakat Malaysia dengan karya-karya mereka, sehingga ke hari ini.

1. Keris Mas

keris mas1

Dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1981, Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaluddin Muhamad memberi impak besar pada masyarakat Malaysia. Terlibat dengan akhbar Melayu Raya dan Warta Negara sebelum berkhidmat dengan Utusan Melayu di Singapura, politik dan Keris Mas tidak dapat dipisahkan. Karyanya banyak berkisar kepada isu sosio ekonomi masyarakat menurut pandangannya. Legasinya kini tersemat apabila salah sebuah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi dinamakan sempena nama pena beliau.

2. Tongkat Warrant

21298 4774567842241 632602923 n

Ramai antara kita pasti gemarkan karya beliau yang selalu diungkapkan oleh anak muda iaitu puisi Kurang Ajar. Tongkat Warrant atau Usman bin Awang bukan penulis kecil-kecil kerana pada beliau, jika tak berani, tak payah lah seseorang itu menjadi seorang penulis. Beliau selalu menyuarakan kekecewaan beliau kepada situasi negara menerusi karya beliau. Salah seorang yang paling lantang dalam menyuarakan kebimbangan terhadap status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, sehinggakan kerajaan kerap menjadi sasaran beliau.

3. A.Samad Said

p6 pak sama c1495787 15721 303

Jalan yang sedang dilalui oleh A.Samad Said ketika ini agak berliku selepas dia memilih untuk mengubah haluan politiknya namun, karyanya tetapi diakui mempunyai banyak nilai yang mampu mempengaruhi masyarakat ke arah lebih baik. Karya "Salina" benar-benar mengubah lanskap sastera negara sehinggakan masih lagi disebut-sebut sehingga sekarang. A.Samad Said menjadi sebutan orang ramai selepas mencabar pelaksanaan PPSMI yang akan merendahkan martabat Bahasa Melayu pada masyarakat.

4. Muhammad Haji Salleh

3128930061 99c7a42b4b b

Seorang ahli akademik, sumbangan penulisan beliau banyak terarah kepada membentuk masyarakat yang mementingkan ilmu, khasnya dalam bidang pengajian bahasa. Dikatakan sebagai punca terbuka dua buah pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi, peranan Muhammad Haji Salleh tidak dapat diukur dengan mata. Karya-karyanya telah memenangi pelbagai anugerah dan telah diterjemahkan ke dalam 12 bahasa.

5. Zurinah Hassan

anugerfahas transformed

Tak sah senarai ini andai kita tak masukkan Sasterawan Negara terbaru yang dilantik. Dr.Zurinah Hassan lahir di Kedah, karya beliau dilihat lebih bersifat neutral. Banyak memasukkan elemen tempat ke dalam karya, karya-karya Zurinah Hassan sesuai untuk pembaca yang mahu sesuatu yang santai dan tidak menyucuk jiwa. Beliau lebih terkenal sebagai seorang penyair dan pencapaian beliau menjadi Sasterawan Negara pada tahun 2015, membolehkan beliau menjadi wanita pertama mendapat anugerah tersebut.

Previous
Next Post »
loading...