loading...

5 Cara Paling Aneh Haiwan Menyelamatkan Diri Daripada Bahaya

enhanced 6531 1416430871 7

Kita semua tahu cicak akan memutuskan ekornya apabila rasa diancam. Sotong pula akan merembeskan dakwat bagi membolehkan dia lari. Manusia pula sama ada akan menjerit meminta tolong, melawan kembali atau mungkin juga pegun tidak bergerak ketika berdepan situasi yang membawa ancaman.

Mekanisma-mekanisma pertahanan diri ini dipunyai oleh setiap makhluk yang dicipta oleh Allah swt. sebagai pelindung kepada diri. Namun, dalam dunia haiwan wujud mekanisma-mekanisma unik yang kelihatan cukup ganjil dan menggerunkan bagi membolehkan haiwan menyelamatkan diri ketika terancam.

Berikut adalah 5 contoh pertahanan diri paling radikal yang mampu dilakukan oleh haiwan bagi menyelamatkan diri.

1. Mengkarung yang akan memancutkan darah dari matanya

98722371705 98722371705 1080i 5994 bloodshootingeyesdms

'Texas Horned Lizard' adalah seekor binatang yang menakutkan. Duduk dalam suasana kering dan berpasir, badannya saja mempunyai duri dan kuku tajam yang mampu menakutkan pemangsa. Namun jika berada dalam situasi terdesak , 'texas horned lizard' akan mengumpulkan darah dalam bahagian soket matanya, lalu dengan satu tembakan tepat, memancutkan darah tersebut pada pemangsa lalu menyelamatkan diri. Darah itu mampu terbang sejauh 5 kaki tetapi setiap kali digunakan, hampir 1/3 darah mengkarung itu digunakan. (Video)

2. Watak Wolverine versi katak

article 2300424 18f819d9000005dc 169 634x451

Sejenis spesis katak yang dinamakan 'Trichobatrachus robustus' hanyalah sejenis katak yang pelik yang wujud di Cameroon. Badannya berbulu. Pernah tengok katak berbulu? Hahaha. Walaupun begitu, hanya dengan berbulu sahaja tidak cukup menggerunkan musuhnya. Jadi, apabila diserang dan berada dalam situasi menakutkan, katak ini akan mematahkan tulang pertama pada jari-jarinya untuk mencipta kuku kecemasan. Dengan mengetatkan otot pada jarinya sehingga patah, tulang yang pada awalnya berada dalam kulit akan terkeluar lalu menghasilkan kuku tajam. (Video)

3. Anai-anai yang akan meletupkan diri

1 11074 termite backpack

Ada wujud satu spesis anai-anai bernama 'Neocapriterme taracua' di kawasan hutan French Guiana yang amat pelik. Mereka mempunyai sistem pertahanan yang cukup menakutkan dengan barisan askar berani mati. Askar berani mati ini terdiri daripada anai-anai tua yang kebolehannya untuk bekerja sudah terbatas, jadi anai-anai tua ini akan mengumpulkan toksik yang disimpan didalam badan mereka. Apabila koloni mereka diserang, anai-anai tua ini akan ditugaskan untuk meletupkan diri mereka lalu menyebarkan toksin supaya meracuni pemangsa.

4. Mentimun laut yang akan menembak musuh melalui punggungnya

sea cucumber defense adapt 945 1

Ada banyak spesis mentimun laut di lautan namun ada beberapa spesis mentimun laut yang mempunyai teknik rahsia menyelamatkan diri apabila diancam. Cuma jangan terkejut pula apa yang ditembaknya. Ketika berada dalam kecemasan, mentimun laut itu akan mengeluarkan organ dalamannya yang berupa seperti usus dengan tujuan untuk menakutkan atau menjerat pemangsanya. Jika ia bernasib baik, pemangsa akan melarikan diri namun jika cubaannya gagal, tak tahulah kami helah apa pula yang dia akan gunakan. (Video)

5. Opossum yang berlakon mati

opossum2

Rasanya haiwan ini terkenal dengan lakonan mati mereka, apatah lagi selalu dipaparkan dalam animasi kartun. Namun hakikatnya, itu semua bukan lakonan. Seekor opossum apabila diserang akan mengalami ketakutan yang akan menyebabkan mereka pengsan dan berada dalam keadaan koma selama beberapa jam.

Jika berlaku, mereka akan kelihatan seperti bangkai lalu tidak dipedulikan oleh pemangsa. Masalahnya, lakonan mereka ini cukup hebat. Badan mereka akan mula mengeluarkan sejenis gas busuk melalui punggung untuk membuktikan yang badan mereka sudah mati. Gas yang dilepaskan inilah yang membuatkan mereka terselamat kerana baunya dikatakan cukup untuk menghilangkan selera makan binatang lain.(Video)

Previous
Next Post »
loading...