loading...

2 Pemandu Lori Dipercayai Bawa Balak Haram Ditahan

SIBU – Dua pemandu lori ditahan sepasukan unit rondaan Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak kerana membawa muatan 85 batang kayu balak yang ditebang secara haram di Jalan Salim, dekat sini, malam tadi.

Dalam operasi Landai, pemandu pertama berusia 37 tahun dari Bintangor dan pemandu kedua berusia 33 tahun dari Nanga Merit Kapit ditahan pada jam 11.15 malam kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mengenai kayu balak yang dibawa menggunakan dua lori itu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zailanni Amit berkata hasil pemeriksaan turut mendapati tiada tanda tukul royalti dan tanda tukul hak milik dari Jabatan Perhutanan Sarawak pada setiap batang kayu balak yang diperiksa.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan merangkumi dua buah lori dan 85 batang balak itu ialah RM240,000. Suspek dan barangan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Sungai Merah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes di bawah Seksyen 90 Ordinan Perhutanan 2015 iaitu memiliki hasil hutan tanpa cukai itu diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Bahagian Sibu untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...