loading...

15 Fakta Menarik Mengenai Buah Pinggang Yang Anda Patut Tahu

buah pinggang 647

Ada banyak sebab mengapa buah pinggang menjadi antara 1 daripada organ yang sangat penting dalam badan kita. Ramai orang yang ambil mudah dalam kehidupan sehari serta pemakanan yang tidak sihat kerana kurang tahu akan kepentingannya. 

Jagalah buah pinggang anda kerana ia tiada ganti dan tak dapat dibeli dengan wang ringgit. iluminasi.com ingin berkongi 10 fakta menarik mengenai buah pinggang yang ramai tak tahu.

1. Hanya perlu 1 buah pinggang

buah pinggang sihat

Badan kita tak perlukan kedua-dua buah pinggang untuk kita bertahan hidup. Hanya dengan satu buah pinggang pun kita masih boleh hidup sihat.

Malah, bagi mereka yang terpaksa dibuang kedua-dua buah pinggang juga masih boleh hidup tetapi perlu melalui proses dialisis setiap bulan bagi membuang toksik dalam darah yang sepatutnya dilakukan oleh buah pinggang.

2. Penyebab biasa batu karang

Penyebab utama yang mengakibatkan penyakit batu karang adalah kerana kurang pengambilan cecair ke dalam badan terutama air masak. 

3. Bayi lahir dengan 1 buah pinggang

Bagi bayi yang dilahirkan hanya dengan 1 buah pinggang sahaja, buah pinggang tersebut akan membesar kepada dua kali ganda saiz sepatutnya seperti mana 2 buah pinggang.

4. Air kencing

kerja buah pinggang

Buah pinggang menghasilkan air kencing, dan dihantar ke pundi kencing untuk disimpan. Pundi kencing manusia mampu menampung sebanyak 50 hingga 500 mililiter, atau 48 hingga 480 gram air kencing dalam satu-satu masa.

5. Isyarat kencing

Lebih menarik, badan anda akan menunggu sehingga pundi kencing anda separuh penuh, dan ketika itu ia akan menghantar isyarat kepada otak anda supaya menyahkan air kencing daripada badan.

6. Penapisan darah

Selain jantung, buah pinggang antara organ dalaman manusia yang sangat rajin dan bekerja keras. Darah anda sentiasa dikemaskini oleh buah pinggang dengan cara melaluinya dan darah ditapis setiap 30 minit.

Hampir 50 kali darah ditapis setiap hari. Jika anda perlu bayar gajinya, mungkin anda akan muflis.

7. Pemindahan buah pinggang pertama di dunia

Pemindahan buah pinggang pertama di dunia adalah pada tahun 1933 yang berlaku di Ukraine oleh Yuri Voronoy. Walaubagaimanapun, pembedahan itu gagal.

8. Pemindahan berjaya pertama

pembedahan pertama yang berjaya dalam sejarah

Pembedahan pemindahan buah pinggang pertama yang berjaya dalam sejarah berlaku 21 tahun kemudian di Boston. Tukang bedah yang bertanggungjawab dalam misi berjaya pertama di dunia ini adalah Joseph Smith dan pasukannya pada tahun 1954.

9. Pengaktif vitamin D

Buah pinggang juga berfungsi sebagai pengaktif vitamin D dalam badan manusia. Namun ia adalah pekerja terakhir yang melakukan tugas itu.

Kulit manusia berfungsi untuk menerima vitamin D, dan jika gagal, hati anda akan mengambil alih tugas tersebut. Jika hati anda juga gagal menghasilkan vitamin D, maka ia menjadi tugas buah pinggang sebagai usaha terakhir.

10. Pam darah

Selain jantung, buah pinggang juga mempunyai tugas mengepam hampir 1,514 liter darah dalam sehari. Tanpa bantuan buah pinggang, jantung mungkin akan terlebih bekerja atau tak berfungsi langsung.

11. Sukakan aliran darah

Buah pinggang sangat sukakan pengaliran darah. Ia menyerap dan mengedarkan 99% daripada isipadu darah dalam badan dan menyimpan 1% daripada darah yang ditapis untuk menjadi air kencing.

12. Lebih banyak aliran darah

dalaman buah pinggang

Dan disebabkan buah pingang sangat sukakan darah anda, ia mempunyai aliran darah yang lebih banyak daripada otak dan hati.

13. Berat purata buah pinggang

Berat purata bagi buah pinggang orang dewasa adalah seberat 154 gram, dengan saiz sebesar penumbuk.

14. Batu karang terbesar di dunia

Saiz batu karang paling besar yang pernah dikeluakan secara bedah adalah seberat 2 kilogram. Ia dikeluarkan dari pesakit Abdul Abu Al Hajjar in England.

Manakala batu karang paling banyak dikeluarkan secara semulajadi adalah sebanyak 5,704 biji oleh Donald Winfield dari Kanada.

15. Saiz buah pinggang

Buah pinggang kanan biasanya lebih kecil berbanding buah pinggang kiri. Ia mungkin disebabkan oleh buah pinggang kanan terletak di bawah organ dalaman paling besar, iaitu hati. 

Rujukan:

1. Kidney

2. Fact Site

3. Discoveries In Medicine

Previous
Next Post »
loading...