loading...

14 Fakta Pelik Dan Menarik Mengenai Mark Zuckerberg

mark masa muda

Tidak perlu diperkenalkan siapa, pasti semua mengenali beliau. Sebelum ini iluminasi.com berkongsi pelbagai kisah mengenai pengasas Facebook Mark Zuckerberg. 

Kali ini pula, iluminasi.com ingin berkongsi 14 fakta pelik dan menarik mengenai Mark Zuckerbeg.

1. Hampir-hampir bekerja untuk Microsoft

mark dan bill 882

Mark Zuckerberg dan rakannya Adam D'Angelo telah mencipta sebuah aplikasi muzik yang diberi nama "Synapse Media Player" yang mengesan muzik kegemaran pendengar dan menghasilkan playlis berdasarkan pilihan mereka.

Microsoft ingin mendapatkan aplikasi ini dan merekrut Mark, namun Mark dan Adam mempatenkan ciptaan mereka dan sambung pelajaran ke kolej.

2. Mula cipta software pada usia awal

Bapa Mark adalah seorang doktor gigi. Ketika berusia 12 tahun, Mark mencipta program yang diberi nama ZuckNet yang menghubungkan komputer di rumahnya dengan komputer di klinik yang mana akan memberitahu jika ada pesakit yang datang ke klinik.

3. Sebab mengapa Facebook warna biru

sebab mengapa facebook biru

Pernah tak anda fikir kenapa Facebook pilih warna biru sebagai warna tema?

Ia disebabkan Mark yang buta warna (merah dan hijau). Beliau memberitahu dalam satu temuramah, "Biru adalah warna paling kaya bagi saya, saya boleh lihat semua warna biru,".

4. Tak terlalu berminat dengan wang

wang kertas mark

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi masih macam tak percaya. Mark memberitahu bahawa sasaran utamanya adalah menghubungkan dunia, bukannya wang.

"Kami bina servis bukan untuk buat duit, tapi buat duit untuk bina servis yang lebih baik," kata mark.

Mark juga akan mendermakan 99% daripada saham Facebooknya, yang kini bernilai RM189 billion kepada yayasannya iaitu Chan Zuckerberg Initiative yang bertujuan meningkatkan potensi manusia dan mempromosikan kesaksamaan dari segi kesihatan, pendidikan, penyelidikan saintifik dan tenaga.

Mark juga ada menyebut, "Kami tahu sumbangan ini adalah kecil jika mahu dibandingkan dengan sumber dan bakat-bakat telah bekerja untuk memperbaiki isu-isu ini, namun kami mahu lakukan apa yang kami mampu bersama-sama mereka,"

5. Tidak sentiasa genius dalam programming

buku rujukan mark ketika kecil

Mark bukanlah sentiasa genius dalam programming. Beliau bermula dari awal, dan pernah belajar programming daripada buku C++ for Dummies.

6. Bercakap beberapa bahasa

Ia merupakan satu kemahiran yang penting jika boleh berbahasa asing. Beliau berkata bahasa Mandarin tersangat susah, namun beliau belajar kerana ingin berkomunikasi dengan keluarga isterinya, Priscilla Chan.

7. Perkenalan dengan isteri 

Cara Mark dan isterinya Priscilla kali pertama bertemu sangat aneh dan seolah-olah tak masuk akal. Mereka bertemu ketika sedang beratur menunggu giliran menggunakan tandas di sebuah pesta di Universiti Harvard.

8. Bercinta dalam tempoh yang lama

mark dan priscilla 496

Selepas bertemu, mereka bercinta buat jangka masa agak lama, sehingga melangsungkan perkahwinan. Mereka bertemu pada tahun 2003 dan mengikat tali cinta 9 tahun kemudian pada tahun 2012. Ketika bertemu, Priscilla mengambil kursus perubatan di Harvard, dan kini beliau seorang doktor perubatan pediatrik.

9. Laman Facebook Mark

Sepasukan 12 orang diberikan tugas untuk mengendalikan laman Facebook Mark Zuckerberg yang melakukan tugas seperti membalas komen, muat naik status dan ambil gambar Mark.

10. Tiada siapa boleh "block" Facebook Mark

cubaan block mark

Mungkin anda tak pernah cuba, tetapi laman Facebook Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan tidak boleh dihalang atau di-block oleh mana-mana pengguna. Jika anda cuba untuk block, mesej ralat akan terpapar, "Profil ini tidak dapat disekat ketika ini,". 

Namun masalah itu telah diselesaikan dan kini anda sudah boleh block beliau.

11. Tolak tawaran jual Facebook

Terlalu banyak tawaran yang diterima mark untuk membeli Facebook. Antaranya termasuklah dari NewsCorp, Myspace, Viacom, Yahoo, NBC, Microsoft dan Google. Namun, Mark masih waras dan kekal dengan keputusannya untuk tidak menjual.

12. Memakai baju yang sama setiap hari

baju yang sama

Mark berasakan masanya sangat berharga dan tak patut dibuang begitu saja. Beliau membuat keputusan untuk tidak memikirkan baju apa yang mahu dipakai setiap hari dengan membeli baju yang sama. Harga setiap baju tersebut adalah sekitar RM1,200 hingga RM1,700 sehelai.

13. Pakai tali leher 365 hari setahun

Walaupun bergaya casual, Mark pernah memakai tali leher setiap hari untuk setahun pada tahun 2009. Ia bertujuan menunjukkan Facebook benar-benar serius untuk berkembang menghadapi kemelesetan global.

14. Dikritik hadiahkan cincin murah kepada isteri

cincin kahwin priscilla chan

Pada tahun 2012, Mark menerima kritikan panas daripada orang ramai kerana memberikan isterinya cincin kahwin yang bernilai RM105,000, walaupun kekayaannya ketika itu mencecah RM80 billion.


Baca kisah-kisah Mark Zuckerberg yang lain seperti Mark pakai baju yang sama setiap hari, rumah Mark lebih kecil dari Dato Aliff Syukri, gaji Mark RM4.20 setahun, Facebook untung RM4 billion sehari, kisah kehidupan sederhana Mark dan percintaan Mark dan isteri.

Previous
Next Post »
loading...