loading...

10 "Self-Made" Billionaire Paling Muda Dalam Sejarah

Jika 20 atau 30 tahun lepas, agak sukar untuk seseorang untuk menjadi billionaire, kerana teknologi belum betul-betul hebat. Jika dilihatkan kepada senarai 10 individu terkaya di dunia, 9 daripadanya berusia 50 tahun ke atas, kecuali Mark Zuckerberg.

Ini kerana teknologi yang pesat membangun membolehkan kita mencipta keuntungan hanya dari rumah. Dan semakin ramai individu bergelar billionaire pada usia yang sangat muda, disebabkan perubahan teknlogi masa kini.

iluminasi.com ingin berkongsi 10 billionaire termuda di dunia atas usaha sendiri.

10. Nathan Blecharczyk

nathan blecharczyk dan airbnb

Syarikat : Airbnb

Usia bergelar billionaire : 32 tahun

Nathan Blecharczyk merupakan graduan Universiti Harvard dalam bidang Sains Komputer. Ketika masih belajar, beliau menjalankan bisnes yang mampu membayar yuran pengajiannya, namun, mengabaikan bisnes tersebut untuk fokus kepada pelajaran.

Selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai pengurus produk di Microsoft. Joe Gebbia, teman sebilik Nathan merekrut beliau untuk menyertai syarikat Airbnd. Beliau merupakan Ketua Pegawai Teknologi (CTO) pertama bagi Airbnb dan bertanggungjawab menghasilkan laman sesawang syarikat tersebut.

Ketika berusia 32 tahun, Nathan bergelar seorang billionaire dan kini, kekayaan Nathan mencecah RM15.96 billion serta berada di kedudukan ke-474 manusia terkaya di dunia.

9. Cheng Wei

cheng wei

Syarikat : Didi Chuing

Usia bergelar billionaire : 32 tahun

Cheng Wei adalah seorang warga China yang merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat Didi Chuxing. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan seperti Uber dan Grab Car. 

Sebelum menubuhkan syarikat ini, beliau bekerja selaa 8 tahun di Alibaba Group. Ketika berusia 29 tahun, Cheng mengasaskan syarikat Beijing Orange Technology Co Ltd dan kemudiannya melancarkan Didi Dache, aplikasi mendapatkan khidmat teksi. 

Pada tahun 2015, syarikat Beijing Orange bergabung dengan Kuaidi Dache, dan akhirnya menjadi Didi Chuxing. Syarikat ini menguasai bahagian Uber di China pada tahun 2016. 

Kekayaan Cheng Wei kini melebihi RM4.2 billion.

8. Wang Yue

wang yue dan kingnet 234

Syarikat : Shanghai Kingnet

Usia bergelar billionaire : 32 tahun

Wang Yue juga berasal dari China, adalah Ketua Pegawai Eksekutif kepada syarikat Shanghai Kingnet Technology, sebuah syarikat menghasilkan permainan telefon bimbit.

Beliau sebelum itu bekerja sebagai eksekutif di syarikat 51.com, dan kemudiannya menjadi CEO Shanghai Kingnet pada tahun 2009 yang bertanggungjawab menaikkan nama syarikat itu.

Pada tahun 2009, Wang Yue membayar RM40,320 kepada pengasas Shanghai Kingnet dan memperoleh 62.5 saham syarikat. Beliau juga mempunyai saham dalam syarikat pembuat bahan kasut, Taiya Shoes sebanyak 22%.

Pada Disember 2015, ketika berusia 32 tahun, Wang Yue ditabalkan sebagai billionaire dengan kekayaan melebihi RM4.2 billion.

7. Dustin Moskovitz

dustin dan mark

Syarikat : Facebook Inc

Usia bergelar billionaire : 31 tahun

Ramai yang mengenali nama Dustin Moskovitz kerana Facebook. Beliau merupakan pengasas bersama Facebook bersama Mark Zuckerberg, Eduardo Saverin, Andrew McCollum and Chris Hughes. 

Dustin merupakan Ketua Pegawai Teknologi Facebook yang pertama. Namun beliau telah meninggalkan Facebook pada tahun 2008 untuk menubuhkan syarikat Asana. Beliau kini masih memegang saham Facebook sebanyak 2.34%.

Dustin bergelar billionaire ketika berusia 31 tahun dan kekayaannya kini mencecah RM58.63 billion.

6. Elizabeth Holmes

elizabeth holmes

Syarikat : Theranos

Usia bergelar billionaire : 31 tahun

Theranos adalah sebuah syarikat ujian darah swasta yang bertapak di Palo Alto, California yang diasaskan oleh Elizabeth Holmes pada tahun 2003. 

Elizabeth memohon kemasukan ke University Stanford dalam bidang kejuruteran kimia dan dianugerahkan Biasiswa Presiden. Beliau menggunakan elaun tersebut menjalankan projek penyelidikan di makmal bersama-sama calon Ph.D dan dekat di fakulti kejuruteraan universiti tersebut.

Pada hujung tahun pertama beliau, Elizabeth bekerja di makmal di Genome Institute of Singapore, menyelidik penyakit "severe acute respiratory syndrome" (SARS), melalui koleksi sampel darah, menggunakan jarum suntikan. Dan pada tahun 2003, beliau mempatenkan "pelekat penghantar darah" yang pertama, dan berhenti daripada belajar di Universiti Stanford.

Beliau menggunakan wang yuran untuk modal memulakan syarikatnya. Elizabeth bergelar billionaire wanita termuda di Amerika Syarikat ketika berusia 31, dan kini kekayaannya bernilai RM18.9 billion.

5. Mark Zuckerberg

mark zuckerberg 424

Syarikat : Facebook Inc

Usia bergelar billionaire : 31 tahun

Tak perlu diperkenalkan lagi siapa individu ini. Pernah menjadi billionaire termuda di dunia ketika berusia 31 tahun pada 2015, Mark Zuckerberg kini adalah individu ke-5 terkaya di dunia dengan kekayaan RM300 billion.

Sebelum mencipta Facebook, Mark telah menghasilkan perisian Facemash pada tahun 2003 ketika berada di tahun kedua di Universiti Harvard. Perisian itu membolehkan pengguna untuk memilih siapa yang lebih "hot" di antara gambar 2 wanita yang terpapar.

Perisian itu telah menyebabkan trafik internet di universiti itu kacau bilau, dan diketahui oleh kembar Winklevoss yang merekrut Mark untuk menghasilkan perisian HarvardConnection.

Namun, Mark menggunakan idea itu untuk menghasilkan Facebook, yang memperoleh pendapatan sebanyak RM116 billion pada tahun 2016. Ketika itu Mark dan Dustin sama-sama bergelar billionaire namun Mark diisytiharkan billionaire termuda disebabkan 8 hari lebih muda daripada Dustin.

4. Patrick Collison

patrick collison

Syarikat : Stripe

Usia bergelar billionaire : 27 tahun

Patrick Collison merupakan billionaire ke-4 termuda di dunia dan mendapat gelaran itu ketika berusia 27 tahun. Beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Stripe.

Syarikat Stripe ditubuhkan bersama adiknya, John Collison pada tahun 2010. Kekayaan Patrick menjadi RM4.62 billion selepas mendapat pelaburan RM630 juta daripada Capital G, iaitu bahagian pelaburan syarikat Alphabet yang juga syarikat induk Google.

Ketika berusia 8 tahun, Patrick mula mempelajari kursus komputer di University of Limerick, dan mula mempelajari pengaturcaraan komputer ketika berusia 10 tahun.

Beliau pernah menyertai Pameran Teknologi Dan Saintis Muda ke-40, mempertandingkan projek artificial intelligence beliau dan memenangi tempat kedua. Ketika berusia 16 tahun, beliau sekali lagi pertandingan itu dan telah memenangi tempat pertama. Beliau juga pernah menyambungkan pelajaran di Massachusetts Institute of Technology, namun tidak menghabiskan pelajaran.

Kekayaan Patrick Collison dianggarkan bernilai RM4.62 billion.

3. Bobby Murphy

bobby dan evan

Syarikat : Snap Inc

Usia bergelar billionaire : 26 tahun

Adakah anda salah seorang daripada pengguna Snapchat? Jika ya, anda harus mengenali siapa individu ini. Bobby Murphy adalah pengasas bersama aplikasi Snapchat yang semakin popular. 

Beliau merupakan graduan dari Universiti Stanford, dan ketika belajar di universiti tersebut beliau mengenali Evan Spiegel, juga pengasas bersama Snapchat. 

Selepas tamat pelajaran, Bobby memulakan satu projek yang diberi nama Future Freshman yang menawarkan khidmat nasihat kepada pelajar di sekolah menengah berkenaan permohonan ke kolej dan universiti. Namun projek itu gagal, dan ketika itulah Bobby direkrut oleh Evan, dan memulakan projek Snapchat mereka.

Bobby Murphy bergelar billionaire ketika berusia 26 tahun dan kini kekayannya mencecah RM12.6 billion, dengan gaji sebanyak RM1.05 juta sebulan.

2. John Collison

john collison

Syarikat : Stripe

Usia bergelar billionaire : 26 tahun

John Collison merupakan adik kepada Patrick Collison yang berada di kedudukan ke-4 senarai ini. Beliau merupakan pengasas bersama Stripe, sebuah syarikat pembayaran dalam talian, yang diasaskan di San Fransisco, Amerika Syarikat.

Beliau mendahului abangnya sebagai individu dengan gelaran billionaire ke-2 termuda di dunia, ketika berusia 26 tahun. Kekayaannya dianggarkan sebanyak RM4.62 billion, sama dengan abangnya.

1. Evan Spiegel

evan spiegel

Syarikat : Snap Inc

Usia bergelar billionaire : 25 tahun

Evan Spiegel adalah billionaire termuda dalam sejarah, sehingga tahun 2017 dan juga merupakan suami kepada supermodel Miranda Kerr. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab merekrut Bobby Murphy dan seterusnya bersama-sama menghasilkan Snapchat, bersama Bobby Murphy pada September 2011.

Ketika berada di Universiti Standford, Evan telah mencadangkan Snapchat sebagai projek kelas. Namun cadangan itu dianggap sebagai tak masuk akal oleh rakan sekelasnya. Namun, pada tahun 2012, Evan telah berhenti belajar betul-betul sebelum menghabiskan ijazahnya, semata-mata untuk fokus kepada Snapchat. 

Kini Evan Spiegel adalah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Snap Inc, manakala Bobby Murphy adalah Ketua Pegawai Teknologi, dan mempunyai kakitangan seramai 1,859.

Sebagai billionaire termuda dalam sejarah, kini kekayaan Evan bernilai  RM12.6 billion.

Previous
Next Post »
loading...