loading...

10 Lelaki Ditahan Dalam Operasi Bersepadu

SIK – Polis menahan 10 lelaki berumur lingkungan 20 hingga 45 tahun, dalam Operasi Bersepadu selama enam hari, bermula Sabtu lalu di beberapa lokasi di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Abdull Razak Osman berkata, serbuan itu dijalankan hasil risikan dan maklumat orang awam dan kesemua suspek terbabit ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dan ketum.

“Lima suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 iaitu dua suspek di Kampung Charuk Kudung kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 1.1 gram, seorang di Pekan Sik kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 0.5 gram, dan dua lagi di Kampung Begia kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 2 gram.

Di Sungai Semiar, Jeneri, pula polis menahan seorang lelaki di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 4.5 gram,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, katanya, polis turut menahan dua suspek mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki 80 kilogram (kg) daun ketum, semasa mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Jeniang-Sik, manakala dua lagi suspek ditahan di Kampung Kuala Begia, Jeneri kerana memiliki air ketum sebanyak 2.5 liter dan sekilogram daun ketum.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,800, manakala keseluruhan nilai dadah dan ketum yang dirampas dianggarkan berjumlah RM3,560. Kesemua suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...