loading...

3 pelancong Malaysia pecahkan dinding, serang staff dan berak dalam shower room penginapan di Osaka


OSAKA, JEPUN - Viral gambar dan video tiga lelaki yang dikatakan membuat onar ketika melancong di Jepun sehingga menyerang  seorang kakitangan (rakyat Malaysia), merosakkan dan mengotorkan sebuah premis penginapan yang disewa mencetuskan rasa tidak puas hati pemiliknya. 

Berdasarkan sumber, kejadian berlaku pada 17 Ogos 2017, Khamis, di Vitti Lodge di mana tiga individu berkenaan telah melakukan kerosakan pada dinding premis, membuang air besar di bilik mandi, merosakkan dinding dapur premis, menyerang kakitangan, dan melakukan penipuan terhadap tiket kapal terbang.




"Budak samseng Malaysia bawah umur 20 tahun melancong ke Jepun dengan budaya samseng. Sudahlah tertinggal kapal terbang, dapat duduk lodge secara percuma lagi. Dan pelajar Malaysia yang berbaju biru itu walaupun sudah diperlakukan sebegitu rupa, masih sanggup menolong membayar harga kerosakkan dinding yang dipecahkan oleh samseng kedua dalam video ini. Harga ganti rugi ialah 100,000 yen!


"Dan yang paling kemuncak ialah, salah seorang dari tiga samseng ini meninggalkan lodge ini pagi tadi dengan meninggalkan tahi beliau di shower room!




"Kamu nak kata saya nak malukan mereka ini, katalah. Penat orang-orang lama dan kami menjaga nama baik Malaysia sehingga rakyat Malaysia dapat on arrival visa beberapa tahun lepas. 

"Jika pengurusan lodge di Jepun ini menviralkan perkara ini di Jepun, wallahualam. Habislah nama baik kita yang telah dijaga selama ini. Sungguh menghampakan!," tulis individu bernama Kamarul Ilmar Rosli. 

Difahamkan, pemilik lodge, Ema Vitti, telah memuat naik gambar Facebook dan video rakaman tiga suspek berkenaan dan meminta waris mereka tampil untukm membuat tuntutan ganti rugi. 


Ketiga-tiga suspek juga dikatakan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai semalam dan dijangkakan telah tiba di KLIA 2 jam 12 tengah malam tadi. 

Pihak pemilik premis juga telah membuat laporan kepada pihak polis di Jepun dan pihak media juga sudah dimaklumkan. 
Previous
Next Post »
loading...