loading...

Separuh daripada pesakit mental Kelantan kerana pil kuda

Kuala Lumpur – Pakar psikiatri mendedahkan 50% dari kalangan pesakit mental yang menerima rawatan di Kelantan adalah pengguna pil kuda, lapor Berita Harian. 
Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr Mohd Ariff Mohd Noor, berkata 10% daripada pesakit tersebut dikategorikan sebagai serius kerana bertindak agresif dan mendatangkan bahaya kepada masyarakat.
“Kandungan pil kuda terlalu bahaya dan individu yang mengambilnya secara berterusan dengan kuantiti yang banyak mampu mendapat penyakit mental dalam jangka pendek,” katanya.
Dr Ariff berkata beliau percaya faktor harga murah dan senang diperolehi menyebabkan ramai mengambil dadah sintetik itu.
Menurutnya, pihaknya menerima purata 6 pesakit mental serius disebabkan pil kuda setiap bulan dan jumlah itu meningkat dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini kepada 9 pesakit setiap bulan.
Beliau berkata masih ramai pesakit mental disebabkan pil kuda belum dirujuk ke hospital kerana keluarga masih mampu mengawal mereka.
“Pesakit mental akibat pil kuda, peluang mereka untuk sembuh lebih tinggi jika tidak menyentuh langsung pil itu, selain mengambil ubat yang kita sediakan,” katanya
Previous
Next Post »
loading...