loading...

Maksud Lagu Despacito Ini , Buat Anda Terkejut

Sejak mula disiarkan Januari lalu, lagu Despacito ini terus meletop. Bukan saja di Sepanyol tapi juga menular hingga ke negara ini.

Setiap hari diputarkan di stesen radio kita, lirik lagu ini juga sudah dihafal walaupun susah termasuk oleh anak kecil kerana ia rancak dan muziknya memang best.

Sebab itu di Malaysia pun ia boleh menduduki tangga pertama carta itunes.

Maksud Sebenar Lirik Lagu Despacito Yang Digilai Remaja

Tapi selepas anda baca lirik lagu ini elok berfikir dua kali sebelum menyanyi lagu ini terutama di depan anak atau pun membiarkan mereka menghafal lirik lagu ini.

Kalau diperhatikan lirik lagu Despacito nyanyian penyanyi terkenal asal Puerto Rico, Luis Fonsi menampilkan Daddy Yankee dan juga Justin Bieber ia memang agak keterlaluan.

Lagu ini sebenarnya penuh dengan unsur-unsur seks dan keghairahan yang tidak sepatutnya diucapkan apatah lagi dihayati oleh anak-anak kecil.

Berikut adalah terjemahan lagu Despacito yang dialih ke bahasa Melayu yang kami kongsikan menerusi vanillakismis.my supaya anda boleh nilai sendiri.

Despacito

(Perlahan-lahan)

Quiero respirar tu cuello despacito

(Aku ingin bernafas dilehermu perlahan-lahan)

Previous
Next Post »
loading...