loading...

Lakonan Syafiq Kyle Jauh Lebih Bagus Dari Si Kayu Fattah Amin

Ramai memuji lakonan Syafiq Kyle dalam drama terbaru arahan Eyra Rahman berjudul Mencintaimu Mr Photographer. Paling panas apabila ramai netizen sudah mula membandingkan lakonan Syafiq Kyle dengan Fattah Amin.



Mereka juga sudah mewujudkan tagline ‘Good bye Fattah, Hye Syafiq Kyle!’ di laman sosial masing-masing.

Dakwa netizen, lakonan Syafiq Kyle jauh lebih ‘real’ dan bersahaja. Walaupun ada babak romantik yang babitkan adegan ‘pegang dan peluk’, ia tidak mendapat kecaman hebat daripada penonton.

Ini terutama seperti yang pernah diterima kebanyakan drama romantik popular di televisyen, sebelum ini.

Bukan setakat membandingkan antara Syafiq Kyle dengan Fattah Amin, netizen juga sudah mula mewujudkan ‘hashtag’ seperti #Delishafiq dan sebagainya.

Ada juga netizen bertindak jauh lebih berani dengan meminta Syafiq dan pasangan pelakonnya dalam drama Mencintaimu Mr Photographer, Hannah Delisha agar bercinta betul-betul.

Cik Pang hanya mampu geleng kepala apabila membaca satu demi satu komentar dituju netizen di laman sosial mengenai pelakon-pelakon itu.

Yalah! Walaupun drama itu berjaya menyentuh hati penonton, janganlah sampai terbawa-bawa perkara itu ke dunia sebenar.

Semuanya terletak pada jodoh! Kalau ada jodoh, adalah! Kalau tiada, jangan pula nak dipaksa-paksa, bukan?
Previous
Next Post »
loading...