loading...

'Alasan utama kurangkan nafkah anak kerana terpaksa tanggung kos bayaran motosikal RM1,150 sebulan'


SEPANG, SELANGOR - Semalam Harian Metro melaporkan penyanyi Elly Mazlein atau nama sebenar Sharifah Aida Mazlina, tidak terkejut dengan tindakan bekas suaminya yang meminta nafkah anak perempuan mereka dikurangkan dari RM1,500 ke RM500. 

Bagaimanapun, Elly menganggap permintaan bekas suaminya, Azmi Hatta, yang juga pengarah drama adalah tidak masuk akal dan nafkah anak sebanyak RM500 tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup anak mereka ketika ini. 

"Bayangkan bayaran untuk suntikan imunisasi anak saja sudah mencecah RM400 sebulan. Ia belum termasuk kos sara hidup lain seperti bil hospital ketika anak sakit, lampin pakai buang, insurans dan sebagainya. 

"Sebenarnya saya sudah tahu permainannya sebab itu saya hanya ketawa ketika majlis sulh selesai, hari ini (semalam). 

"Saya juga tidak boleh menerima alasan dia untuk meminta pengurangan bayaran nafkah anak kami itu kerana tidak mampu," katanya memetik laporan dari Harian Metro

Elly berkata, dia percaya bekas suaminya itu mampu untuk membayar nafkah anak mereka yang berjumlah RM1,500 seperti yang diputuskan mahkamah sebelum ini. 
Dalam laporan Utusan Malaysia, Elly mendedahkan bekas suaminya itu tidak dapat membayar jumlah itu kerana terpaksa menanggung beban bayaran motosikalnya. 

"Alasan utamanya adalah disebabkan dia terpaksa menanggung kos bayaran motosikal berkuasa tinggi berjumlah RM1,150 sebulan. 

"Bagi saya alasan itu tidak munasabah. Sebab itu saya berkeras untuk menuntut RM1,500 sebulan. Bukan itu sahaja, saya juga akan mengambil tindakan terhadapnya kerana ingkar perintah mahkamah selepas dia gagal memperuntukkan perbelanjaan sempena Aidilfitri berjumlah RM1,500. 

Elly berkata demikian selepas majlis sulh yang turut dihadiri oleh Azmi dan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, jam 2.30 petang semalam. 

Gagal mencapai kata sepakat mengenai nafkah anak, kes akan dibicarakan semula di depan hakim pada 8 Ogos ini. 

Sementara itu di Instagramnya, Elly menegaskan dia akan tetap melawan untuk mendapatkan hak anaknya itu. Malah menganggap bekas suaminya itu berkira dengan anak sendiri, selain tidak dipeduli. 

"Mama akan lawan sampai mendapat hak kamu. Kecewa mama ni anak, sampai macam ini sekali orang berkira dengan kamu, wahai anak. Sudahlah tidak dipeduli, sekarang duit bulanan pun nak dikurangkan. 

"Mama tak akan berputus asa. Mama aka berjuang apa saja demi kamu wahai anak. Putri Sara Sefhia, mama sayang kamu nak," tulisnya. 

Elly dan Azmi berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2016. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan yang diberi nama Putri Sara Sefhia yang kini berusia setahun empat bulan. 
Previous
Next Post »
loading...