loading...

AF MEGA STAR PENGGANTI AKADEMI FANTASIA



ika sesiapa perasan, instagram Aznil memuat naik beberapa video bekas pelajar akademi fantasia yang sedang menyanyi. Katanya sedang ujibakat untuk 1 program baru iaitu AFMegastar yang menggantikan Akademi Fantasia yang menghimpunkan bekas-bekas pelajar AF 1 hingga AF 2016! Wow akhirnya terlaksana jua.

Apa yang difahamkan, setiap juara dari AF 1 - AF 2016 secara automatik berjaya ke konsert prelude tanpa pergi audition. Nampaknya nama seperti Mawi, Vince, Stacy, Mila, Shahir semua akan bergabung semula. Mesti best kan?


Dan difahamkan juga, antara barisan bintang AF yang hadir pada ujibakat tersebut ramai juga. Berikut adalah senarai bekas pelajar yang hadir pada sesi ujibakat tersebut.


Petunjuk:
             Kuning - bekas pelajar AF yang datang ke sesi ujibakat
             Hijau - juara AF yang layak terus masuk ke konsert Prelude
             Merah - mungkin tidak layak kot

Di sini ku belanja sedikit gambar-gambar semasa mereka pergi ujibakat tersebut








Personally, ku memilih:

Lelaki:
1) Bob
2) Shari
3) Adam
4) Haziq
5) Nubhan
6) Riz

Perempuan:
1) Idayu
2) Adira
3) Farhan
4) Nija
5) Rosma
6) Amylea

Bagi pendapat ku juara AF tidak perlulah bertanding lagi kerana mereka sudah juara dan untuk AF 2013 - 2016 yang terbaru ini tidak perlu masuk lagi tunggu next AFMegastar kerana terlalu awal untuk mereka "star" dan masih dikira baru lagi. 

Tambahan pula, nama seperti Syamel dan Indah juga pada pendapat peribadi ku tidak perlu masuk kerana Syamel sudah ada nama dan pernah menjuarai Duo Star lagu-lagunya jua masih popular lagi. Indah pernah menjejakkan kaki ke AJL tak perlu lagi bertanding mungkin jika tersalah percaturan reputasi mereka akan tercalar apabila masuk AFMegastar nanti.

Cuma ku sedikit terkilan apabila nama-nama seperti Farah Breep Breep, Linda Nanuwil, Kaer dan Candy tidak datang uji bakat.

Siapa pula bakal pengacara untuk AFMegastar? Adakah mempunyai pengetua juga? Kita nantikan bersama-sama. Yang pasti program ini akan mengembalikan taring AF sewaktu ketika dulu.
Previous
Next Post »
loading...