loading...

Video, Padah Maki Hamun Anggota Rela, Lelaki Dibelasah Orang Ramai Di Downtown Kajang


***KAJANG, SELANGOR - Gara-gara bertindak biadab dan memaki hamun bapa seorang anggota Rela yang sedang bertugas, seorang lelaki dibelasah orang ramai, malam tadi.***

***Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Khamis di Downtown Kajang berhampiran pasar raya Econsave itu, lelaki terbabit dikatakan cuba masuk ke jalan masuk yang telah ditutup oleh anggota Rela bagi mengelakkan kesesakan yang teruk di bahagian dalam.***

***Bagaimanapun, lelaki itu enggan mengendahkan larangan itu dan terus masuk.***

***Menurut sumber, lelaki terbabit juga menunjukkan lagak samsengnya dengan memarahi anggota Rela yang bertugas serta melemparkan caci maki terhadap bapa anggota berkenaan yang telah menimbulkan kemarahan adik anggota Rela itu.***

***Lelaki itu kemudian dibelasah orang ramai dan berdasarkan video, dia juga turut dipukul dengan helmet.***


***Kata sumber lagi, isteri kepada lelaki itu juga bersikap kurang ajar, sedangkan perkara itu boleh diselesaikan jika mereka meminta maaf di atas kesilapan mereka.***

***Bagi mereka yang jarang berkunjung ke Downtown Kajang adalah dinasihatkan untuk bersabar dan menggunakan laluan yang lain untuk memasuki tempat letak kereta di kawasan sekitar atau tempat letak kereta Econsave.***

***Penutupan jalan masuk utama itu bertujuan untuk memastikan jalan keluar (jalan sehala) adalah lancar serta mengelakkan kesesakan yang teruk.***
Previous
Next Post »
loading...