loading...

'Takyah nak cover sangat muka korang, masa korang buat anak sedara aku tak fikir plak perasaan keluarga kitorang'

1

KUALA LUMPUR - Terdahulu, enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh seorang Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, pada Mei lalu. 

Bagaimanapun, ibu saudara mangsa, Kelly Lim, memuat naik gambar lima suspek terbabit dengan kapsyen berikut:

"Tak payah nak cover sangat muka korang. Bila naik court, tahu pula korang nak tutup muka bagai. Sebab apa? Baru nak fikir hati dan perasaan keluarga ke atas perbuatan korang. 

"Masa korang buat anak saudara aku itu, korang tak fikir pula perasaan keluarga kitorang semua, kan? Terutamanya mak dan ayah arwah Zulfarhan. 

"Berani buat, berani tanggung. Kau rembat anak saudara aku sampai hilang nyawa. Kami semua mendoakan korang mendapat balasan setimpal. 

"Kalau ikutkan hati kami satu keluarga akan buat macam mana korang buat pada arwah. Tetapi kami masih ada iman walau sebesar zarah. Jadi hanya pada Allah kami mohon agar korang digantung sampai mati," tulis Kelly 12.23 pagi tadi. 

Gambar-gambar yang dimuat naik itu telah dikongsi 15,912 pengguna Facebook dan 23,000 lebih likes yang rata-rata netizen kesal dengan kejadian buli yang menimpa mangsa.



1
2

3

4

5

Dalam kejadian 21 Mei lalu, mangsa telah dituduh mencuri komputer riba sebelum dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju. Selain itu, beberapa bahagian badan mangsa turut ditekap dengan seterika wap sehingga parah. 

27 Mei, keadaan mangsa semakin parah dan mengadu sakit badan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada malam 31 Mei. 

Keenam-enam suspek telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. 

Laporan berkaitan:
  1. Arwah dibelasah dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan seterika wap
  2. Polis cari bomoh yang petik nama Allahyarham Zulfarhan
  3. 6 penuntut UPNM didakwa bunuh Zulfarhan, berdepan hukuman gantung sampai mati
Previous
Next Post »
loading...