loading...

Sufian Bawa Keluarga Merisik Elfira, Rancang Kahwin Tahun Depan

SELEPAS digosipkan mempunyai hubungan cinta, penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya membawa rombongan keluarga untuk merisik Elfira Loy, aktres yang digelar sebagai Selena Gomez Malaysia oleh majalah Vouge.



Sufian, 25, berkata keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya itu dibuat selepas mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis pagi tadi (Jumaat) hanya merisik sahaja bukan bertunang. Ia dihadiri keluarga saya dan Elfira sahaja.

"Ia perkara yang baik dan elok dipercepatkan terutama kedua-dua keluarga sudah merestuinya. Saya adalah orang yang sangat gembira apabila bersamanya," ujar Sufian kepada mStar Online.

Sufian dan Elfira mulai rapat empat bulan lalu dan hubungan tersebut semakin serius apabila kedua-duanya  menyambut hari jadi masing-masing dengan kejutan yang istimewa.

Pasangan ini turut berkongsi foto-foto pada majlis yang diadakan secara tertutup itu pada malam Jumaat.



Penyanyi lagu Terakhir ini memberi sebentuk cincin pada majlis yang diadakan di kediaman pelakon wanita itu di Cheras.

Pasangan ini turut menerima ucapan tahniah daripada peminat mereka. Malah ada juga yang memberi komen patah hati apabila mendapat tahu penyanyi dan pelakon kesayangan mereka bakal menamatkan zaman bujang.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang perancangan mendirikan rumah tangga, Sufian berkata, ia mungkin berlangsung pada tahun depan.

"Buat masa ini belum ada tarikh yang pasti, namun bukanlah dalam masa terdekat atau tahun ini.

"Insya-Allah kalau dilancarkan kemungkinan pada tahun depan," ujarnya.

Previous
Next Post »
loading...