loading...

Remaja Pahang Muat Naik Status Pelik Di Facebook Sebelum Bunuh Diri

remaja pahang muat naik status pelik di facebook sebelum bunuh diri 1

Kredit foto: bulletinmedia.blogspot.my 


Seorang remaja lelaki yang dikenali dengan nama Amirul Ismad menerusi akaun Facebooknya telah memuat naik beberapa status pelik sebelum akhirnya membunuh diri.

Lelaki yang berasal dari Kuantan, Pahang itu berkongsi perasaan kecewanya menerusi beberapa siri status misteri.

Dalam status yang ditulis pada 6 Jun, Amirul mendedahkan bagaimana kehidupannya mula berubah menjadi lebih baik selepas meninggalkan suatu perkara yang terlarang. Semuanya berpunca daripada kehadiran seseorang yang memberi dorongan baik buatnya.

Namun sudahnya, dia mendakwa dirinya sebagai lelaki yang bodoh kerana meninggalkan teman tersebut hanya kerana perkara yang tidak wajar. Selepas itu, hidupnya berubah menjadi buruk dan kembali melakukan perkara terlarang tersebut.

remaja pahang muat naik status pelik di facebook sebelum bunuh diri 2

Kredit foto: Astro Gempak 


Dua hari kemudian, Amirul tampil dengan status bertulis "mati". Dan sehari selepas itu, dia menulis status terakhir yang menutup episod hidupnya.

Dalam luahan terakhir itu, Amirul menyatakan hidupnya sudah tidak bermakna dan kosong, lalu memohon kebenaran untuk "pergi". 

remaja pahang muat naik status pelik di facebook sebelum bunuh diri 3

Kredit foto: Astro Gempak 


Pada malam Ramadhan ke-22, Amirul ditemui mati dalam keadaan menggantungkan diri di dalam bilik di rumah keluarganya. 

remaja pahang muat naik status pelik di facebook sebelum bunuh diri 4

Kredit foto: bulletinmedia.blogspot.my 


Kisah Amirul mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen tidak melepaskan peluang berkunjung ke laman Facebook beliau untuk mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.

Ramai yang menganggap episod ngeri kematian bunuh diri Amirul sepatutnya menjadi pengajaran kepada remaja-remaja agar tidak terlalu menurut emosi yang akhirnya memakan diri. 

remaja pahang muat naik status pelik di facebook sebelum bunuh diri 5

Kredit foto: bulletinmedia.blogspot.my 

Previous
Next Post »
loading...