loading...

Punca Perniagaan Ogy Ahmad Daud Dikecam

punca perniagaan ogy ahmad daud dikecam 1

Kredit foto: Instagram Ogy Ahmad Daud 

Ramai sedia maklum, pelakon Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Kak Ogy kini semakin aktif menyara kehidupannya dengan menjalankan perniagaan . Antara beliau yang menjadi tumpuan adalah Sambal Goreng Saadiah dan Kurau Masin Berlado.

Namun baru-baru ini terjadi sesuatu peristiwa yang kurang enak di laman Instagram beliau. Salah seorang pengikutnya telah tampil memberi kritikan pedas ke atas perniagaan yang dijalankan Ogy.

Individu tersebut dengan berani bersuara lantang memberikan pendapatnya tentang usaha Ogy menggunakan bisnes sebagai medium untuk menjana pendapatan.

punca perniagaan ogy ahmad daud dikecam 2

Kredit foto: Instagram Ogy Ahmad Daud

Menurut pengguna Instagram tersebut, dia menyarankan agar orang ramai tidak menyokong produk yang dikeluarkan oleh pelakon veteren itukerana kualitinya yang tidak setara dengan jenama. Malah dia beranggapan Ogy kini sedang terdesak menyara kehidupannya di usia senja selepas berkelakuan liar pada zaman mudanya.

Bagaimanapun Ogy dalam kiriman Instagram terbarunya meminta pendapat orang ramai tentang komen yang dilontarkan wanita tersebut. Rata-rata para pengikut beliau meminta agar beliau dapat bersabar dalam menerima kritikan yang dilontarkan orang ramai terhadapnya.

punca perniagaan ogy ahmad daud dikecam 3

Kredit foto: Instagram Ogy Ahmad Daud

Apa pula pendapat anda? 

Previous
Next Post »
loading...