loading...

Perniagaan Dikritik Pengikut Instagram, Ini Tindakan Susulan Ogy

perniagaan dikritik pengikut instagram ini tindakan susulan ogy ahmad daud 1

Kredit foto: astroawani.com 

Susulan kritikan pedas yang dilontarkan seorang pengikut di laman Instagramnya, pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud atau mesra disapa Ogy tampil mendedahkan tindakan susulan yang telah diambil.

Menurut Ogy, sebagai pengajaran agar insan seni sepertinya tidak lagi diperkotak-katikkan pada masa akan datang, dia telahpun membuat laporan polis di Balai Polis Damansara.

Namun dalam masa yang sama, dia enggan memanjangkan isu tersebut dan dengan murah hatinya memaafkan individu berkenaan. 

perniagaan dikritik pengikut instagram ini tindakan susulan ogy ahmad daud 3

Kredit foto: Instagram Ogy Ahmad Daud 

Saya maafkan dia. Saya wajib memaafkan dia kerana junjungan besar Nabi Muhammad SAW sendiri seorang yang pemaaf. Jadi, kenapa saya tidak boleh berlapang dada memaafkannya?. Saya enggan bermusuh dengan dia yang menulis komen sebegitu dan orang lain. Saya mahu hidup tenang dan bahagia.

Sumber: Utusan Online

Ogy turut melahirkan penghargaan kepada netizen yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat ketika beliau ditimpa musibah itu.

Terdahulu, seorang pengguna Instagram mengeluarkan komen berbentuk kritikan ke atas produk perniagaan Ogy yang didakwa tidak berkualiti. Malah individu itu turut menyeru orang ramai supaya memboikot perniagaan beliau kerana sifat liar aktres berkenaan sewaktu zaman muda.

perniagaan dikritik pengikut instagram ini tindakan susulan ogy ahmad daud 2 769

Kredit foto: Mynewshub 

Previous
Next Post »
loading...