loading...

Neelofa: Jangan Kaitkan Saya Lagi Dengan Fattah Amin

Meskipun kisah cinta antara mereka sudah berakhir, namun peminat Lofattah seperti tak boleh move on lagi dan masih mengharapkan mereka kembali bersatu. Setelah hampir setengah tahun dikaitkan, Neelofa sudah mulai rimas dan pening kerana asyik dikaitkan dengan Fattah Amin.



“Tolong, jangan sebut pasal itu lagi. Meskipun saya sudah berkali-kali menjelaskan ia tiada apa-apa lagi, pun orang masih memperkatakan tentang hal itu. Sejujurnya saya memang sakit kepala dengan perkara itu”

“Setiap hari ada sahaja cerita baharu yang disampaikan oleh orang luar. Ini yang berlaku dan ia semakin teruk di media sosial. Saya cukup berharap, atas semangat Ramadhan, selepas ini tiada lagi kisah-kisah “begini” dibangkitkan,” katanya kepada Utusan Mingguan mengenai perkara itu.

Siapa tidak pening kalau asyik dijadikan bahan jenaka dan diperli mengenai hal itu. Jadi buat peminat Lofattah dah boleh berhenti berharap dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Kalau empunya badan sudah tidak mahu, siapalah kita untuk memaksa mereka bercinta.

Terkini pula fenomena baru melanda apabila Fattah bergandingan pula dengan Fazura dalam drama terbaru. Diharap peminat Fattzura janganlah terlalu berharap pula. Bimbang habis sahaja promosi drama, hubungan cinta juga berakhir sama seperti Lofattah.
Previous
Next Post »
loading...