loading...

Kisah Percintaan Dengan Fattah Amin, Neelofa Beri Amaran

kisah percintaan dengan fattah amin ini amaran neelofa 1

Kredit foto: BH Online 


Meskipun kisah percintaan mereka telah lama berkubur, namun peminat pasangan pelakon Fattah Amin dan Neelofa masih tidak henti-henti memperkatakan tentang hubungan tersebut. Malah ada yang masih menyimpan harapan agar hubungan lama mereka bertaut kembali.

Rimas dengan kisah lama yang terus diungkit, Neelofa akhirnya tampil memberikan kenyataan yang berbaur amaran. Aktres tersebut ternyata sudah tidak tahan diasak dengan buah mulut netizen di laman sosial kerana sehingga ke satu tahap, isu itu memberi tekanan kepada beliau.

kisah percintaan dengan fattah amin ini amaran neelofa 2

Kredit foto: Instagram Neelofa

Tolong, jangan sebut pasal itu lagi. Meskipun saya sudah berkali-kali menjelaskan ia tidak ada apa-apa lagi, pun orang masih memperkatakan tentang hal tersebut. Sejujurnya saya memang sakit kepala dengan perkara itu (kisah dengan Fattah). Setiap hari ada sahaja cerita baharu yang disampaikan oleh orang luar. Ini yang berlaku dan ia semakin teruk di media sosial. Saya cukup berharap, atas semangat Ramadhan, selepas ini tiada lagi kisah-kisah “begini” dibangkitkan.

Sumber: Utusan Online

Nampaknya peminat Lofattah sudah boleh berhenti berharap untuk perhubungan tersebut. Sebagai peminat pastinya anda ingin melihat selebriti kesayangan anda bahagia, bukan? Terimalah hakikat yang kadangkala kebahagiaan itu tidak semestinya perlu bersatu. Ucapkan selamat tinggal kepada Lofattah. 

kisah percintaan dengan fattah amin ini amaran neelofa 3

Kredit foto: Twitter Rotikaya

Previous
Next Post »
loading...