loading...

Khairy Jamaluddin Luah Perasaan Besarkan Anak Autisme

khairy jamaluddin luah perasaan besarkan anak autisme 1

Kredit foto: Instagram Khairy Jamaluddin 

Membesarkan anak istimewa Austisme tidak memberikan perbezaan kepada Menteri Belia Dan Sukan, YB Brig. Jen Khairy Jamaluddin.

Malah dua lagi anaknya yang normal turut mempunyai kerenah, justeru dia menganggap setiap kanak-kanak mempunyai cabaran tersendiri untuk dibesarkan.

khairy jamaluddin luah perasaan besarkan anak autisme 2

Kredit foto: Instagram Khairy Jamaluddin

Sebenarnya membesarkan anak-anak yang tiada masalah autisme pun susah, masing-masing ada perangai sendiri. Bagi saya setiap anak itu istimewa. Misalnya anak sulung dan bongsu saya Jibreil dan Raif Leo Averroes, mereka pun ada perangai tersendiri. Cuma kita sebagai ibu bapa perlu menyesuaikan diri dengan peribadi mereka.

Sumber: Astro Gempak

Bagaimanapun Khairy tidak menafikan dalam peringkat awal pembesaran, anak keduanya, Timor Abdullah yang mempunyai masalah Autisme memerlukan sokongan lebih.

khairy jamaluddin luah perasaan besarkan anak autisme 3

Kredit foto: Instagram Khairy Jamaluddin

Mereka memiliki personaliti berbeza dan saya tidak nafikan dia memerlukan bantuan lebih. Bersama-sama dengan anak istimewa memerlukan saya lebih positif dan tidak lelah untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga kerana dia memerlukan sistem sokongan yang lebih utuh iaitu keluarga.

Sumber: Astro Gempak

Sementara itu, isteri Khairy, Nori Tun Abdullah mempunyai teknik tersendiri dalam mengasuh Timor. Dia menggunakan pendekatan buku cerita bergambar bagi menerangkan sesuatu perkara baru yang perlu dihadapi oleh anaknya itu.

Setiap perkara atau perancangan yang kami buat dengan Timor mesti ada persiapan yang cukup dan dia perlu dimaklumkan lebih awal berbanding anak-anak lain. Contohnya apabila ada orang yang tidak dikenali akan datang ke rumah, kami akan lengkapkan Timor dengan sebuah buku seperti buku cerita agar dia bersedia. Kita tidak tahu bagaimana respon dia jika tidak bersiap sedia.

Sumber: Astro Gempak

Kesedaran memiliki anak Austisme turut memanggil pasangan suami isteri tersebut untuk membuka sebuah gimnasium We Rock The Spectrum Kids di Evolve Concept Mall, Ara Damansara. Malah mereka turut menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) untuk sebarang aktiviti berkaitan.

Khairy dan Nori mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 dan sehingga kini dikurniakan tiga orang anak iaitu Jibreil Ali, 10, Timor Abdullah, 9 dan Raif Leo Averroes, 3. 

Previous
Next Post »
loading...