loading...

Kejutan Azwan Ali Buat Peminat Sempena Umrah Ke 10

kejutan azwan ali buat peminat sempena umrah ke 10 1

Kredit foto: ipohmalay.blogspot.my 

Bagi pengikut setia pengacara sensasi Azwan Ali, anda pasti maklum akan rutin tahunan beliau setiap kali tibanya Aidilfitri iaitu menunaikan umrah di Mekah.

Tahun ini, Azwan sekali lagi tidak melepaskan rutin tersebut.

Uniknya tahun ini, Azwan membuka peluang kepada 77 pengikut Instagramnya untuk mengirimkan doa bagi disampaikan di Kota Mekah nanti.

Final Checklist, 77 doa yang dikirim #LUCKYfollowers akan ku seru depan Kaabah #Insyaallah only to those lucky 77 selected DOAs.

Sumber: Instagram Azwan Ali

Selain doa peminat, Azwan mendedahkan dia juga akan menyeru kejayaan buat Parti Barisan Nasional sempena PRU 14 akan datang.

kejutan azwan ali buat peminat sempena umrah ke 10 2

Kredit foto: artisbuzz.com & Instagram Azwan Ali

Aku akan seru BN menang besar! Hidup DS @najib_razak. 

Meskipun tidak dinyatakan secara jelas, ramai netizen beranggapan Azwan sedang menyindir abangnya, Mohamed Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) menerusi gelaran "pencacai #MELAYUnerakaJAHANAMke7″.

Apapun, mari kita doakan semoga Azwan dapat pergi dan balik dengan selamat. 

Previous
Next Post »
loading...