loading...

Juliana Evans Lebih Memilik Watak, Jaga Hati Suami

Baru sahaja berkahwin, Cik Puan Juliana Evans atau lebih mesra dipanggil Jue berkata, dalam pemilihan watak dalam sesebuah filem mahupun drama dia akan lebih berhati-hati untuk memilih kerana statusnya kini sebagai seorang isteri.



“Ya, saya akan lebih memilih, tetapi sebelum ini pun saya memilih juga. Jadi sekarang mungkin lagi memilih untuk apa yang akan saya lakukan. Banyak perkara yang perlu dijaga. Walaupun suami tak cakap apa pun lagi”

Kalau watak-watak sebagai suami isteri itu saya kena fikir juga sebab nak kena respect suamikan,” katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa HBO.

Dalam pada itu, keluarga mertuanya tidak menghalang Juliana untuk terus berkecimpung dalam dunia lakonannya, malah menggalakkannya untuk terus berkerjaya.

“Berlakon saya masih teruskan. Mereka galakkan saya sebenarnya. Sekarang saya nak buat bisnes pun mereka galakkan juga dan tidak suruh saya untuk berhenti bekerja. Mereka menerima saya seadanya,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Juliana berkata mereka akan mengadakan majlis resepsi di sebelah pihak perempuan pada bulan November ini serta merancang untuk berbulan madu di Eropah.

“Akan ada majlis resepsi pada bulan November ini. Kalau nak buat selepas Raya memang agak sibuk sedikit. Jadi bulan November adalah masa yang sesuai. Berbulan madu saya nak pergi Greece, Barcelona atau belah-belah Europe,” jelasnya.
Previous
Next Post »
loading...