loading...

Inilah satu-satunya video perlawanan sebenar Bruce Lee dalam MMA

Bruce Lee seorang jaguh senibela diri yang sangat terkenal dengan kepantasannya tidak kiralah di dalam filem atau realiti. Namun hal ini menjadi perdebatan hangat masyarakat zaman ini bahawa beliau benar-benar berkeupayan bertarung secara realiti ataupun tidak.

Sehinggalah 11 June 2017, sebuah video telah dimuatnaik oleh pengguna bernama 'Beerdy' menjadi perhatian dunia. Untuk pengetahuan semua, pengguna ini (Beerdy) telah banyak membuat kajian tentang Bruce Lee dan seorang peminat tegar Bruce Lee.

perlawanan sebenar bruce lee melawan ted wong

Selain sebagai seorang bintang filem kung-fu, Bruce Lee juga adalah pengasas seni Jeet Kune Do. Seni mempertahankan diri ini memiliki teknik pergerakan seperti air, bertujuan untuk kepantasan, kekuatan, pertahan dan mampu bertarung melebihi seorang dalam dunia sebenar. 

Bruce Lee kerap bertarung (sparring) dengan pelajarnya, tetapi hanya satu perlawanan MMA beliau direkodkan. Video itu telah dipulihkan dalam bentuk HD dan dimuatnaik ke YouTube .

Ini adalah satu-satunya rakaman perlawanan Bruce Lee dalam gelanggang MMA sebenar. Beliau melawan Ted Wong, salah seorang pelajar cemerlang beliau" - Beerdy

Dalam video itu, kedua-dua lelaki dilihat memakai padding kepala dan tangan, membuatkan ramai mempersoal kebenaran video itu. Beerdy menjelaskan bahawa Bruce Lee pada awalnya tidak mahu memakai padding, namun itu peraturan perlawan pada masa itu.

Video perlawanan sebenar Bruce Lee


Selang beberapa hari, Beerdy telah memuatnaik satu lagi video lain menunjukkan seorang penggiat senibela diri bernama Richard Bustillo, juga seorang murid kepada Bruce Lee bercerita tentang kehebatan Bruce Lee seperti mampu tekan tubi dengan hanya menggunakan dua jari, menghentikan tumbukan dalam jarak 1 inchi dan ketangkasan Bruce Lee dalam perlawanan sebenar.

richard bustillo

Namun ucapan Richard Bustillo tidak dipercayai ramai kerana tiada bukti. Sehinggalah muncul video perlawanan itu sendiri di Youtube baru-baru ini. Kini baru terbukti kesahihan kisah perlawanan Bruce Lee seperti yang diceritakan Richard Bustillo.

Video Ucapan Richard Bustillo

baca lagi : debunk kisah perlawan Bruce lee dengan Dato Meor Abdul Rahman

Previous
Next Post »
loading...