loading...

Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Hentikan Tabiat Menyuap Anak Orang Lain

Comel kan tengok budak-budak kecil dan baby-baby atas dukung mak ayah, merangkak-rangkak, bertatih-tatih atau jalan terkedek-kedek datang beraya.
Tapi… Tapi… Yang tak berapa comelnya apabila ada satu tabiat di kalangan segelintir daripada kita yang suka menyuap kanak-kanak dan bayi. Lemang, ketupat, rendang, kek, satay, air manis, minuman berkarbonat, sosej, nugget, coklat, aiskrim, tapai dan lain-lain.
Pendek kata, habis semua benda mahu dimasukkan ke dalam mulut si kecil ini. Asal nampak comel jer, mesti nak suap.

Elak Suap Anak Kecil

Tahukah kita bahawa perut anak-anak kecil ini (terutamanya bawah 1 tahun) sangatlah sensitif kerana sistem pencernaan dan penghadaman mereka masih belum ‘matang’ sepenuhnya?
Ditambah lagi dengan sejarah perubatan seperti lahir tidak cukup bulan (premature baby), penyakit jantung, asthma, alergik, ekzema dan sebagainya.
Ia boleh menambahkan lagi risiko bahaya (seperti kerosakan gigi, alergik, sesak nafas, diarrhea, muntah-muntah, dehydrationleaking gutnephrotic syndrome dan lain-lain) dek kerana apa yang disuapkan kita kepada mereka.
Dengan alasan “Alah, sikit je kot!” tidak timbul rasa risau atau bersalah dalam hati orang dewasa yang menyuap makanan dan minuman yang tidak sesuai dengan usia si kecil.
Masalahnya, sikit memang sikit tapi apabila orang-orang yang jumpa budak itu semuanya datang nak suap-menyuap, tak ke jadinya banyak? Tambah rasa nak menyuap budak apabila: “Kesian tengok budak tu teliuq!“. Adoi!
Kesian memang kesian tapi janganlah kesian tak bertempat; “Alah, mak bapak budak tu tak kata pape pun!” Tepuk dahi dengan orang yang ada seribu satu alasan ini. Ibu bapa memanglah tak kata apa-apa, sebab mereka nak jaga hati dan silaturrahim dengan tetamu.
Hentikan bermacam-macam lagi alasan yang diberikan untuk menghalalkan kelakuan ‘tak senonoh’ itu. Kasihani anak-anak kecil ini dengan membayangkan dirinya terlantar sakit di katil hospital.
Dan ingatlah, jikalau ada apa-apa yang berlaku kepada anak-anak syurga ini, mahukah kita bertanggungjawab terhadap apa yang ditanggung oleh mereka dan keluarga mereka?
Kalau nak suap juga, tanya dulu ibu bapa anak kecil ini. Ambil tahu apa yang boleh dan tak boleh dimakan dan diminum agar dapat elak insiden tragedi berlaku ke atas anak kecil.
Kasihanilah mereka, sayangilah mereka.
Previous
Next Post »
loading...