loading...

Hidap Barah Paru-Paru Tahap 4 Akibat Merokok Walaupun Berkali Dinasihati Doktor

Artikel ini ditulis oleh Dr. Rafidah Abdullah di laman Facebook milik beliau dan ditambah oleh penulis sendiri. Beliau merupakan seorang Nephorolist iaitu doktor pakar khusus dalam penjagaan dan merawat penyakit buah pinggang. 

Rokok dan Pakcik, berpisah tiada

merokok 569

Adegan klinik:

Pakcik: Saya dah tak tahan hidup ini, Doktor. Nak give-up sudah. Hidup tidak ada erti lagi.

Saya: Tak elok cakap macam itu. Kita perlu cuba dan redha dugaan dari Allah swt .

Pakcik ini baru berumur 54 tahun. Anak kecil masih bersekolah lagi. Pesakit saya hampir 2 tahun. Kencing Manis, darah tinggi bertahun, tidak jaga. Merokok; kami mohon berhenti berkali-kali, tidak boleh. Beliau tahu, rokok lah antara penyebab penyakit kronik buah pinggang rosak teruk dengan cepat. 

smoking kills

Sekarang kena cuci buah pinggang, dialisis (sejak setahun yang lalu). Kaedah CAPD, beliau lakukan tiap-tiap hari 4 kali di rumah. Selalu masuk wad sesak nafas. ROKOK masih tidak boleh berhenti. Paru-paru berair. Kami lakukan ujian imbasan CT Scan paru-paru: ada barah! Barah paru-paru beliau dah tahap 4

Kesemuanya sebab ROKOK.

rokok 146

Pakcik: Saya beli oksigen Dr, letak di rumah. Nak tidur saya guna.

Saya: Rokok?

Pakcik: Saya dan rokok tidak boleh dipisahkan. Dah kurang dah ni, sekotak sehari.

Saya: 😱😳

(Saya tidak mampu buat apa-apa. Hanya mampu senyum sahaja. Hairan kenapa seseorang sanggup membinasakan diri untuk merasai nikmat nikotin).

rokok membunuh

Saya: Pakcik, saya hanya ingin mengingatkan kalau hisap rokok, jauhi lah dari tank oksigen itu. Nanti tak pasal-pasal meletup semua orang.

Mungkin kami dapat berjumpa lagi, atau mungkin juga tidak. Saya mohon maaf sebab memang dahulu selalu menegur pakcik; walaupun ianya untuk kebaikan beliau. Kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa agaknya susah sangat nak mengikut saranan kami. Di manakah silap kami? 

Petugas perubatan hanya boleh memberi nasihat. Pilihan, tetap hak anda.

Rafidah Abdullah - Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang. 

Bagaimana rokok boleh menyebabkan kanser paru-paru (tambahan iluminasi.com)

paru paru

Menurut para doktor dan pakar, barah paru-paru boleh terjadi akibat kerosakan pada sel-sel pada paru-paru akibat daripada merokok. Tisu-tisu pada paru-paru akan berubah secara serta-merta apabila bertindak balas dengan asap rokok yang disedut oleh perokok. Seperti yang semua orang tahu, asap-asap rokok ini terhasil daripada tembakau rokok yang penuh dengan bahan-bahan penyebab barah (karsinogen).

Kerosakan yang berlaku boleh dibaiki oleh badan anda, tetapi hanya pada peringkat permulaan. Namun, akibat daripada merokok dengan tegar selama bertahun-tahun menyebabkan kerosakan yang ada berterusan dan menjadi semakin buruk. Barah akan mula berlaku apabila sel-sel yang rosak ini bertindak diluar kawalan.

bahaya rokok

Jika difikirkan secara logik, mengapa kita perlu menyedut asap rokok ke dalam paru-paru kita? Sedangkan enjin kereta kita pun diisi dengan minyak enjin (minyak hitam) ke dalamnya, bukan dengan air, untuk membolehkannya berfungsi dan bertahan. Jadi, mengapa kita "mengisi" paru-paru kita yang tiada gantinya dengan bahan yang merosakkan? Adakah ia berbaloi hanya untuk menghilangkan tekanan, atau untuk kelihatan cool, sehingga boleh menyebabkan kematian? Adakah ia dianggap sebagai membunuh diri? Ingatlah orang yang tersayang.

Wallahualam

Previous
Next Post »
loading...