loading...

Grammar Nazi Sebenarnya Adalah Dari Kalangan Introvert Yang Pemalu

introvert 980

Pasti sebelum ini anda pernah melalui situasi ini di mana anda tersalah taip (typo) atau membuat kesalahan tatabahasa (terutama English) di media sosial, dan akan ada golongan yang akan sentiasa memperbetulkan kesalahan itu, w mereka memahami yang mahu disampaikan dan walaupun ia hanyalah perkara kecil. Sudah tentu anda berasa sangat meluat dan benci terhadap golongan ini. Namun, kini terbukti golongan yang sentiasa melakukan perkara itu adalah orang yang menjengkelkan dan memualkan (jerks).

Menurut saintis, golongan yang sentiasa terganggu dengan kesalahan typo dan tatabahasa orang lain di sosial media (online) ini, yang digelar "Grammar Nazi", mempunyai kesukaran untuk mempersetujui sesuatu dan kurang keterbukaan, serta bersifat terlalu teliti, berbanding mereka yang tidak terlalu kisahkan kesalahan-kesalahan itu.

akzjkxj 700b

Ya, benar. Ujian psikologi yang diterbitkan di PLOS One, oleh pakar bahasa, Julie Boland dan Robin Queen ini juga telah menunjukkan bahawa golongan ini terlalu cepat menghakimi atau "judging" berbanding orang lain. Cara dan bagaimana seseorang itu bertindak balas terhadap typo dan juga kesalahan tatabahasa boleh ditentukan oleh ciri-ciri peribadi seseorang itu. Ini secara tidak langsung boleh memberitahu dan mengajar kita untuk mengetahui bagaimana seseorang itu berkomunikasi di sosial media terutamanya Facebook. 

Ini merupakan ujian yang pertama yang menunjukkan ciri-ciri keperibadian seseorang itu mempunyai kesan terhadap cara mereka mentasfir penggunaan bahasa oleh orang lain, menurut ketua penyelidik, Julie Boland.

"Dalam eksperimen ini, kami menyelidik penilaian sosial yang diberikan oleh para peserta yang mengambil bahagian mengenai orang membuat kesalahan dalam penulisan," 
- Julie Boland, University of Michigan

grammar nazi 2 535

83 orang peserta mengambil bahagian dalam ujian ini dan diarahkan membaca e-mel yang dibalas oleh seseorang mengenai iklan mencari rakan serumah. E-mel tersebut telah diubahsuai dengan ditambahkan typo (contoh, the menjadi teh) dan juga kesalahan tatabahasa (to kepada too). Setelah membaca e-mel tersebut, para peserta diarahkan supaya memberi penilaian terhadap individu tersebut mengenai persepsi kepintaran, keramahan, dan adakah individu itu bagus atau tidak untuk menjadi rakan serumah.

original 915

Para peserta kemudiannya diberikan soalan personaliti mengenai keterbukaan, kebolehan mencapai persetujuan, extrovert(ekspresif) /introvert (pemalu), ketelitian, dan juga perasaan dalaman, termasuk soalan asas seperti umur, latarbelakang dan pandangan terhadap penggunaan bahasa. Di akhir eksperimen pula, mereka ditanya sama ada mereka sedar akan kesalahan typo dan tatahabasaha yang terdapat pada e-mel tersebut dan adakah ia membuatkan mereka rasa tidak selesa atau terganggu. Ini bagi mengutip maklumat antara hubungan persepsi mereka dan ciri-ciri peribadi.

grammar nazi 225

Dan keputusannya tidak mengejutkan, apabila secara keseluruhannya, semua peserta memberikan jawapan bahawa individu yang membalas e-mel (mengenai iklan mencari rakan sebilik) itu adalah lebih teruk daripada mereka yang menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul. Namun, terdapat penilian yang agak kasar daripada peserta yang berperwatakan ekspresif (extrovert).

Mereka (extrovert) lebih cenderung untuk tidak melihat dan menilai kesalahan tatabahasa dan typo, manakala mereka yang pemalu dan pendiam (introvert) lebih suka menghakimi berdasarkan kesalahan-kesalahan tersebut.

grammar nazi 3

Individu yang agak teliti dan tidak terbuka lebih sensitif terhadap typo manakala mereka yang mempunyai sifat sukar untuk mempersetujui sesuatu lebih cenderung menghakimi kesalahan tatabahasa. Saintis menerangkan perkara ini berkemungkinan kerana mereka yang sukar untuk mencapai persetujuan itu sukar untuk bertoleransi dengan apa yang berbeza dari kebiasaan.

Walaupun perbezaan dalam eksperimen ini agak halus, dan sampel yang digunakan adalah tidak begitu besar (83 orang), jadi keputusan ini boleh diragui, namun apa yang pasti adalah ciri-ciri ini tidak dapat ditentukan oleh usia atau tahap pendidikan seseorang. Jadi, personaliti seseorang memang memainkan peranan yang sangat penting berkenaan hal ini.

grammar

Jadi, jangan risau jika anda tersalah type atau typo, kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun apa yang lebih penting adalah terdapat jenis orang yang tertentu yang akan sentiasa membetulkan anda. Namun, mungkin ada di antara mereka yang berniat baik dan beranggapan anda tidak tahu. Tapi tak perlu terlalu kerap dan obses, kan? Tapi, anda juga perlu belajar dari kesalahan, daripada membiarkan ia menjadi sebati dengan diri anda!

Sumber : Science Alert

Previous
Next Post »
loading...