loading...

Generasi muda pasti terpikat dengan Accord 2018 yang mempunyai enjin VTEC Turbo

Honda mendedahkan bahawa spesifikasi enjin bagi Accord 2018  mendahului perubahan dalam era globalisasi. Honda Accord berkuasa V6 dianggap sebagai salah satu kereta yang mempunyai peminatnya sendiri. Honda Accord merupakan sebuah kenderaan yang selesa, tenang, bergaya dan pantas yang membuatkan ia menjadi sebuah kereta harian yang terbaik. 

honda accord 2018 sisi belakang

Walau bagaimanapun, kegemilangan enjin V6 dikhabarkan semakin berakhir. Pihak Honda telah mendedahkan spesifikasi baru untuk enjin Accord generasi akan datang iaitu Honda Accord baru ini akan didatangi dengan dua turbocharged yang terdapat  pada kapasiti 1.5 liter dan 2.0 liter unit yang akan menggantikan enjin V6. 

honda accord 2018 first look

Model Honda Accord hybrid ini mempunyai 10-kelajuan dan bergear automatik. Honda Accord merupakan kenderaan pertama yang dipasangkan gear 10-kelajuan bagi sebuah kenderaan penggerak roda depan FWD. Manakala untuk model 1.5 liter ia dilengakapkan dengan kotak gear CVT .  

honda accord 2018

Seperti kebiasaan, Honda akan menitik berat soal penggayaan kereta. Honda Accord generasi baru ini dikatakan paling bergaya, fungsi bahan api yang efisien dan menyeronokkan apabila memandu. Accord baru ini juga dikatakan mempunyai sedikit reka bentuk seperti Honda Civic.

Sumber :

Driverspark

Previous
Next Post »
loading...