loading...

Foto Jejaka Tampan Kekasih Fathia Latiff Didedahkan?

foto jejaka tampan kekasih fathia latiff didedahkan 1

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff 


Sebelum ini aktres Fathia Latiff ada mendedahkan akan hubungannya bersama seorang jejaka dan memberitahu mereka sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Menurutnya, perhubungan tersebut telahpun terjalin sejak beberapa tahun lepas, namun Fathia enggan mendedahkan identiti sebenar jejaka berkenaan.

Baru-baru ini, menerusi laporan Miss K di portal Astro Gempak memberitahu bahawa sahabatnya ada terserempak dengan seorang lelaki yang didakwa adalah kekasih kepada Fathia. Mereka berdua ditemui di sebuah kedai makan dan kelihatan begitu mesra sekali.

Menguatkan lagi dakwaan, foto lelaki tersebut pernah dikongsi Fathia melalui Insta Stories. 

foto jejaka tampan kekasih fathia latiff didedahkan 2

Kredit foto: Beautifulnara & Instagram Fathia Latiff

Miss K, aku nampak Fathia dengan seorang mamat ni. Segak juga orangnya, berkepala botak. Mereka nampak mesra, mungkin datang sini sebab nak bersahur kot. Aku pun nak balik dah, kalau aku masih lepak lagi boleh tengokkan untuk kau Miss K. Haaa, Miss K, cuba kau tengok Instagram Stories Fathia tu. Dia ada letak gambar mamat tu la. Dia letak gambar abang botak tu siap ada emoticon ‘smiley’ lagi, tulah orangnya! Wah, mereka nampak serasi. Itu kawan dia ke atau kekasih baru dia Miss K?

Sumber: Astro Gempak 

Jika sungguh apa yang didakwa rakan Miss K, tiada ungkapan lain melainkan kami ingin melihat Fathia bahagia bersama buah hati barunya ini. Semoga hubungan tersebut berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Dan jangan lupa untuk kenalkan jejaka bertuah itu kepada pihak media ya! 

Previous
Next Post »
loading...