loading...

Elakkan Daripada Melarang Anak Anda Lakukan 7 Perkara Ini

ajar anak

Mengajar dan mendidik anak kecil yang sedang membesar adalah sesuatu yang sangat mencabar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mengalami pengalaman itu. Tiada rujukan dan bantuan membuatkan ramai yang serba salah mengenai apa yang patut dan tidak patut dibiarkan.

Oleh sebab itu pepatah anak ini seperti selembar kain putih dan ibu bapa lah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka. Jika cantik coraknya, makan cantiklah kainnya dan sebaliknya. Pakar psikologi berpendapat bahawa peraturan dan had boleh membuatkan kanak-kanak berasa lebih selamat dan tenang. Namun, terdapat beberapa sekatan dan larangan yang boleh membuatkan mereka berasa sebaliknya seperti berasa tidak selamat dan melambatkan perkembangan mereka.

Iluminasi.com ingin berkongsi 9 larangan atau sekatan yang tak patut anda kenakan kepada kanak-kanak yang sedang membesar.

1. Menangis

menangis 1l685

Ia adalah lumrah bagi mereka untuk selalu menangis kerana hati mereka lebih cepat tersentuh berbanding orang dewasa. Biarkan mereka menangis dan jangan malu jika mereka menangis. Cara yang terbaik untuk mengajar mereka adalah dengan membantu mereka memahami kenapa mereka menangis dan cari jalan penyelesaian untuk atasi masalah tersebut.

2. Berkata "Tidak"

o parent yelling at crying child facebook

Dengan berkata "Tidak" kepada mereka anda mungkin terlepas dari mengetahui apa yang mereka sebenarnya maksudkan. Ia juga akan melanggar sempadan untuk mereka belajar sesuatu yang mana kita orang dewasa tidak faham. Daripada berkata "Tidak", adalah lebih baik untuk mencari kata sepakat atau menerangkan mengapa mereka perlu melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu atau suka.

3. Tanya soalan

bertanya

Selain daripada mencuba, kanak-kanak akan bertanya untuk mempelajari sesuatu yang mereka tidak tahu. Ia merupakan suatu proses yang sangat penting bagi mereka dan jika mereka kerap bertanya ia bermaksud mereka minat mempelajari sesuatu. Memang lah penat nak jawab segala pertanyaan mereka kan, tapi cara terbaik untuk membantu mereka adalah dengan meluangkan masa berkualiti engan mereka supaya jalinan antara anda dan mereka sentiasa utuh walaupun mereka sudah dewasa.

4. Simpan rahsia

simpan rahsia

Memang sepatutnya anda mengetahui setiap perlakuan dan gerak geri anak anda. Namun beberapa perkara seperti rahsia peribadi patut mereka simpan untuk mereka sahaja selagi ia tidak dikategorikan sebagai kesalahan. Ia bukanlah satu bentuk pembohongan tetapi lebih kepada mempunyai privasi sendiri ketika mereka sedang meningkat remaja. Cuma terangkan kepada mereka yang anda sentiasa ada untuk mendengar masalah atau sesuatu yang mereka malu untuk berkongsi. Ia akan membentuk satu kepercayaan di antara anda dan mereka yang mana mengeratkan lagi hubungan keluarga.

5. Buat bising

buat bising

Jika anak anda membuat bising seperti menyanyi atau bermain-main dengan riuh rendah, jangan halang mereka. Biarkan mereka berseronok selagi ia tidak melampaui batas kerana inilah satu-satunya masa untuk mereka berbuat demikian. Saat-saat gembira ketika zaman kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli dan akan mencorakkan peribadi mereka pada masa depan.

6. Berasa takut

rasa takut

Ketika membesar kanak-kanak akan mempunyai perasaan takut terhadap sesuatu bergantung kepada diri mereka sama ada haiwan seperti cicak atau katak, doktor atau rakan dan saudara anda yang tidak mereka kenali. Itu perkara biasa, anda tak perlu rasa malu, sebaliknya anda perlu ingatkan mereka yang anda sentiasa ada untuk mereka. Dengan ini, mereka akan membina kekuatan dalaman dalam mengatasi ketakutan tersebut kerana jaminan daripada anda itu sangat berharga.

7. Buat salah

buat salah

Bukan sahaja kanak-kanak melakukan kesalahan malah orang dewasa juga. Semua orang melakukan kesalahan namun apa yang menyebabkan mereka rasa lebih teruk adalah jika anda memarahi dan menengking mereka. Kesalahan merupakan satu proses pembelajaran ke arah mengetahui mana yang buruk dan baik. Ia adalah lebih baik untuk menerangkan dan membetulkan kesalahan mereka supaya mereka ingat di kemudian hari. Jika anda memarahi mereka, tak hairanlah kalau mereka tak mahu buat sesuatu sendirian lagi selepas itu.

Sumber : Axaz

Previous
Next Post »
loading...