loading...

Che Ta Marah Della Dellon Bukan Kerana Goda Dirinya, Ini Punca Sebenar?

che ta marah della dellon bukan kerana goda dirinya ini punca sebenar

Kredit foto: blog.jomlayanmovie.pw

Inikah versi sebenar cerita yang sedang hangat diperkatakan tentang aktres Rozita Che Wan? Jika benar memang boleh meremang bulu roma dibuatnya.

Mana taknya, sebelum ini timbul dakwaan yang mengatakan Che Ta telah digoda oleh seorang penyanyi baru yang juga kaum sejenisnya, Della Dellon. Pendek kata, cinta songsang.

Bagaimanapun spekulasi tersebut hanya disimpulkan berdasarkan kapsyen Che Ta di laman Instagram. Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dibuat oleh isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.

Apa yang menarik, hari ini menerusi ruangan Miss K di laman Astro Gempak melaporkan sebenarnya kisah yang cuba disampaikan Che Ta telah disalahtafsirkan oleh banyak pihak.

Miss K mendakwa rakannya memberitahu yang menjadi mangsa godaan kepada penyanyi Della itu sebenarnya adalah isteri kepada adik Che Ta.

Jika anda meneliti semula luahan Che Ta di laman Instagramnya memang tak adapun beliau menyebut dirinya yang menjadi mangsa, dia hanya melontarkan kemarahan kepada penyanyi wanita itu kerana mengganggu 'isteri orang'. Ramai yang tersalah tafsir dan menyangkakan 'isteri orang' tersebut adalah Che Ta sendiri.

Ini kenyataan sumber tersebut yang diluakan kepada Miss K.

Ramai orang salah faham bila Che Ta muatnaik gambar Della Dellon dan sangka penyanyi wanita berperwatakan lelaki tu kacau dia. Yang sebenarnya, Che Ta naik hantu sebab Della ni kacau isteri adik dia Miss K! Aku tak salahkan Che Ta atau rasa dia sengaja nak aibkan Della, tapi macam yang dia tulis...itu jalan terakhir yang dia ada. Kakak mana yang tidak marah apabila tahu rumah tangga adik sendiri kacau bilau disebabkan orang ketiga? Dan bila diselidik, orang ‘ketiga’ itu kaum sejenis pula! Lebih dasyat lagi, adik ipar Che Ta ni ada anak kecil umur 9 bulan tapi terbuai dek penangan ‘cinta’ si Della tu...!

Sumber: Astro Gempak 


Sejauh mana kebenarannya tidak pula kami ketahui. Apapun kita nantikan saja kenyataan balas daripada Della sendiri jika beliau berani tampil.

Previous
Next Post »
loading...