loading...

Buat Perkara Ini Sewaktu Berpantang, Sharifah Sakinah Dihentam Ramai

buat perkara ini sewaktu berpantang sharifah sakinah dihentam 1

Kredit foto: ratankekunci.com 

Gara-gara memuat naik fotonya keluar dari rumah ketika masih dalam tempoh berpantang, pelakon Sharifah Sakinah menjadi mangsa hentaman para pengikut Instagramnya.

Netizen berang kerana dalam foto berkenaan beliau dengan selambanya mengenakan pakaian sukan disertakan kapsyen yang secara terang-terang mendedahkan perlakuannya. 

buat perkara ini sewaktu berpantang sharifah sakinah dihentam 2 39

Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah

Ponteng pantang tepi lif

Netizen beranggapan Sakinah sebagai seorang wanita yang tidak sayangkan badannya sendiri.

Menurut orang ramai, dengan mengamalkan cara pantang yang betul dapat menjamin tubuh badan yang lebih sihat. Sebaliknya, kesannya akan dirasai apabila aktres tersebut telah berusia nanti.

syantieeahmad  Sepatutnya anak pertama kita wanita memang perlu pantang sebaik yang mungkin. Sebanyak 44 urut dalam badan kita putus sebaik kita melahirkan anak. Sebab itu kita mesti berpantang selama 45 hari. Dalam 45 hari tu kita perlu jaga pemakanan dan tingkah laku. Bak kata nenek saya, sekarang memanglah engkau tak rasa apa-apa nanti bila umur dah semakin meningkat mulalah sakit satu badan, sakit kepala, kalau dapat ikutlah pantang yang betul ya. 

faridahmisa  Sokong Iyna.qasehgold. Kesannya bukan sekarang, nanti dah 40 tahun mula nampak kesannya adik oii. Sakit kepalalah, angin keluar dekat 2 tempatlah. Tengok orang dulu-dulu berpantang, matipun sebab sakit tua. Cuma bagitahu saja.

[email protected]_tersoho  Setuju. Saya alami sekarang anak nombor enam. Badan sakit-sakit. Menyesal tak pantang betul-betul. 


Namun ada juga para pengikutnya yang enggan isu tersebut diperbesarkan kerana memahami tindakan Sakinah yang hanya mahu mengambil angin di luar rumah.

buat perkara ini sewaktu berpantang sharifah sakinah dihentam 3

Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah 

Previous
Next Post »
loading...