loading...

Apa Jadi Dengan Lelaki Ini Selepas Dilanggar Bas?


SEORANG lelaki melalui detik cemas apabila dilanggar sebuah bas.
Bagaimanapun, mangsa kemudiannya bangun dan berjalan seperti biasa sebelum memasuki sebuah pub.


Ketika kejadian, Simon Smith, 53, sedang melintas jalan di Reading, selatan England sebelum sebuah bas hilang kawalan lalu melanggarnya dari arah belakang.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah bas bernombor 17 tahun merempuh sebahagian hadapan sebuah kedai, mengakibatkan serpihan berterbangan di Gun Street di bandar Berkshire, Sabtu lalu.

Rempuhan itu turut mengenai Smith yang berada di hadapan kedai, namun dia kemudiannya bangun semula seperti biasa.

Smith yang mengalami cedera ringan memberitahu BBC South Today bahawa dia bertuah kerana masih hidup. - Mail Online



Previous
Next Post »
loading...