loading...

5 Kuih raya tradisional yang anda perlu tahu sebelum beraya di rumah rakan anda

Ramadan semakin hampir kepada penghujungnya, dan ini bermakna bahawa hari raya semakin hampir. Hari raya merupakan hari perayaan yang diraikan oleh umat Islam setiap tahun apabila tibanya bulan Syawal. Oleh hal yang demikian, berikut merupakan 5 jenis kuih tradisional yang perlu anda tahu sebelum anda beraya di rumah rakan-rakan anda.

1. Tat nanas

kuih tat nenas

Tat nanas merupakan sejenis kuih yang tidak asing lagi bagi masyarakat di Mlayasia. Kuih ini diperbat daripada tepung dan jem dan ia cukup terkenal di negara Malaysia, brunei dan Singapura. Sesetengah orang meletakkan tat nanas dalam kumpulan biskut (biskut raya) disebabkan penggunaan doh / tepung pada kulitnya. 

2. Kuih batang buruk

kuih batang buruk

kuih batang buruk merupakan salah satu kuih yang cukup popular di Malaysia dan akan muncul terutamanya ketika musim perayaan. Kuih ini disediakan dengan campuran tepung gandum, tepung beras dan tepung kelapa dan telah diuli dan dibentuk seperti sebuah silinder seterusnya akan diisi dengan kacang hijau yang telah digoreng. Kemungkinan nama kuih ini berasal daripada rupanya yang kelihatan seperti batang kayu yang buruk.

3. Kuih bangkit

kuih bangkit

Kuih bangkit merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum dan tepung sagu. Kuih bangkit merupakan satu kuih yang cukup unik kerana keenakannya apabila dimakan, ia akan larut di dalam mulut anda dan akan terasa rangup sekiranya dikunyah. Kuih ini amat manis dan menjadi tarikan dan kegemaran kanak-kanak. Namun, mesej yang tersebunyi disebalik namanya yang tidak ramai orang tahu ialah kita hendaklah bangkit daripada masa lalu dan memaafkan orang lain ketika aidilfitri.

4. Biskut semperit

biskut semperit

kuih/biskut semperit ini pasti akan setiap kali perayaan aidilfitri. Kuih ini dihasilkan dengan campuran tepung gandum, tepung jagung, tapung kastard, mentega dan gula. Bahan-bahan tersebut dicampur dan diadun sehingga sebati dan dimasak sehingga menjadi kuning keemasan. Selari dengan namanya, biskut ini akan memberikan anda rasa yang perit apabila anda tidak sempat merasakan biskut ini kerana seseorang telahpun menghabiskannya.

5. Kuih makmur

kuih biskut makmur

wwalaupun kedengaran seperti kuih ini berasal daripada negeri Pahang Darul Makmur, tetapi kuih ini lebih terkenal di negeri-negeri jirannya iaitu Kelantan dan Terengganu. Kuih ini merupakan sejenis kuih kering ini berbentuk bebola agak bulat diperbuat dari ramuan tepung gandum, telur, minyak sapi atau butter dan mempunyai berintikan kacang tanah bergoreng, atau badam dan sebagainya di dalamnya. Kuih makmur ini popular di Malaysia dan dijual secara meluas terutama pada musim perayaan. Ia amat lazat, mudah dihasilkan dan harganya juga berpatutan.

Adakah anda rasakan bahawa artikel ini bermanfaat? jika ya, kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan anda!

Sumber rujukan :

semperit 

Kuih bangkit

Kuih batang buruk

Tat nanas

Kuih makmur



Previous
Next Post »
loading...