loading...

3 Foto Kemunculan Pertama Shahir Dan Erra Berpakaian Sedondon

3 foto kemunculan pertama shahir dan erra berpakaian sedondon 1

Kredit foto: Youtube Girl Boss 

Sebelum ini, penyanyi Shahir ada membuat beberapa kenyataan akan hubungannya bersama aktres Erra Fazira. Bukan sahaja mengesahkan hubungan cinta yang terjalin antara mereka, malah Juara Akademi Fantasia Kelapan itu juga memberitahu dia enggan melengahkan lagi perancangan untuk menikahi Erra.

3 foto kemunculan pertama shahir dan erra berpakaian sedondon 2

3 foto kemunculan pertama shahir dan erra berpakaian sedondon 3

3 foto kemunculan pertama shahir dan erra berpakaian sedondon 4

Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi

Sebagai kesinambungan kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan, dua hari lalu Shahir memuat naik beberapa keping foto majlis berbuka puasa yang dihadirinya bersama kekasihnya itu.

Berpakaian hijau sedondon, ini adalah kemunculan sulung pasangan berkenaan di hadapan umum tanpa menyembunyikan ikatan yang terjalin.

Bukan sahaja menjadi tumpuan di majlis tersebut, malah mereka menjadi bahan usik netizen di laman sosial.

3 foto kemunculan pertama shahir dan erra berpakaian sedondon 5

3 foto kemunculan pertama shahir dan erra berpakaian sedondon 6

Kredit foto: Beautifulnara & Instagram Shahir Zawawi 

Apabila sudah tidak lagi berahsia sebegini, tiada lagi cakap-cakap belakang yang akan mempersoalkan status hubungan tersebut. Apa yang tinggal di bibir para peminat hanyalah doa agar pasangan ini segera menuju ke jinjang pelamin. 

Previous
Next Post »
loading...