loading...

10 Tanda-Tanda Anda Ketagihan Facebook

150128 biz facebook c657f95bdc0eacca88bc54207a95fdf1nbc news

90 peratus yang membaca artikel ini adalah dari Facebook. Facebook merupakan media sosial yang paling berpengaruh di saat dan ketika ini. Ia memberikan impak yang sangat kuat kepada kehidupan masyarakat zaman sekarang, sehinggakan ada yang tak boleh hidup tanpa Facebook. Jika diingat kembali, pastinya mustahil bagi anda untuk membayangkan kehidupan anda 10 tahun yang lalu tanpa Facebook. Dan bayangkan juga, bagaimana kehidupan anda kini, tanpa Facebook. 

ketagih

Disebabkan oleh terlalu ramai yang ketagihan dan obses dengan media sosial ini, iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 10 petanda anda ketagihan menggunakan laman media sosial Facebook.

10. Merubah hidup anda

facebook ketagih

Jika dulu hidup anda berdisiplin. Bangun pagi, bersarapan, pergi kerja atau kelas, bersukan, solat dan tidur, segalanya mengikut masa anda. Namun kini, semuanya berakhir. Makan tak tentu masa, dalam kelas sambil dengar kuliah masih boleh ber-Facebook, tengah mandi pun boleh update status, nasib baik pakai Samsung S8, kalis air. Lebih teruk, lampu dah dipadamkan dan anda sedia nak tidur, masih boleh online, sampai telefon anda terlepuk jatuh ke atas muka. Baru anda nak tidur. Seolah-olah Facebook ini ubat tidur bagi anda, tak online tak dapat tidur. Mengalahkan orang bercinta, tapi single, tak ada kekasih!

9. Terlalu berkongsi

bergambar sebelum makan

Oleh kerana ia mudah hanya di hujung jari, Facebook menjadi tempat berkongsi segala aktiviti, malah ada yang berkongsi setiap pergerakan mereka. Daripada menjamu selera, menonton wayang, membeli belah, sehinggalah kepada melahirkan anak, semuanya mahu dikongsikan di Facebook. Apa yang lebih teruk, hidung meleleh pun nak dikongsinya! Ini menunjukkan anda dan Facebook tak ubah seperti kawan baik yang selalu anda kongsikan, tetapi bezanya, ia dikongsikan bersama orang yang anda tak kenali.

8. Buat kawan baru

add friend

Ya, meramaikan kawan itu sebenarnya bagus. Namun jika setiap kali anda bertemu dengan orang baru dan ingin "add friend" di Facebook, ia merupakan satu ketagihan. Ada pula yang baru sahaja kenal tak sampai 10 minit, dah menjadi "kawan" di Facebook. Sebab bagi anda, ia lebih baik kalau anda mempunyai ramai kawan di Facebook. Tapi, secara tak langsung, rakan baru anda yang anda tak kenali itu boleh mengetahui mengenai anda dengan mudah. Bayangkan jika individu itu bukan seorang yang baik? Anda juga dalam bahaya.

7. Teruja bila ada notifikasi

notifikasi

Ini paling best. Semua sukakan benda ni. Bangun pagi, buka Facebook, tengok ada berpuluh-puluh notifikasi . Senyum sampai ke telinga. Sama ada notifikasi tentang gambar atau post anda, anda tak kisah, janji ada notifikasi , walaupun satu, dah boleh buat anda seronok! Dah jadi macam dapat surat dari posmen zaman dulu-dulu, atau bila anda beli barang online dan sampai ke rumah. Perasaan seronok tak dapat digambarkan. Macam menang cabutan bertuah ataupun dapat hadiah. Tapi, walaupun anda seronok dapat notifikasi, ada satu yang anda benci, "game invitations". Hehe.

6. Masalah scrolling

scrolling problem

Walaupun dah berjam-jam scroll kebawah, ia takkan pernah habis sampai kiamat. Padahal anda sedang scroll benda yang sama berkali-kali tapi masih juga tak jemu dan dengan harapan akan ada orang post benda yang baru. Baru letak phone anda beberapa minit, kemudian ambil balik dan scroll lagi, pernah buat tak? Kalau tak scroll Facebook, jadi anda akan tergerak sendiri seolah-olah anda tengah scroll, sampai macam tu sekali ya. Pernah buat? Kalau ya, anda ketagih.

5. Penyakit OCFD

ubat facebook

Diberi sebagai terma penyakit alaf baru, Obsessive-Compulsive Facebook Disorder (OCFD) adalah seseorang yang memerlukan Facebook untuk terus hidup, seperti oksigen. Ia seperti kekurangan zat dan nutrisi pada badan, yang boleh membuatkan anda kurus dan tak bermaya, tapi dalam hal ini, ia akan membuatkan anda tak senang duduk. Jika dibiarkan anda tidak menggunakan Facebook selama 30 minit sahaja dah membuatkan anda gundah gulana dan resah, maka anda mempunyai penyakit ini, dan anda terbukti ketagih!

4. Facebook DP

selfie

Bila setiap kali ambil gambar, atau selfie, dan upload di Facebook, setiap kali tu anda rasa nak jadikan gambar itu sebagai DP (default picture). Padahal DP anda baru saja anda tukar 10 minit lepas, dah nak tukar lagi. Seolah-olah tak puas hati dengan muka sendiri. Sama ada gambar baru atau lama, orang tetap mengenali anda, dan anda tetap adalah orang yang sama.

3. Otak bekerja lebih

ketagihan

Facebook bukan semata-mata untuk berkongsi bagi anda. Ia juga menjadi medan mengasah bakat dalam menarik perhatian, tak ubah seperti street show, tapi bezanya, ia online. Bagaimana? Facebook membuatkan setiap kali anda mahu upload status baru, otak anda akan berfungsi dengan lebih deras dan baik dalam mencari cara bagaimana untuk mendapatkan like dan share sebanyak yang mungkin, walaupun ia hanya merupakan status biasa. Kalau anda rasa ini berlaku pada anda, terbukti anda ketagih.

2. Sentiasa mengetahui perkembangan rakan-rakan

teruja 243

Disebabkan oleh anda menghabiskan terlalu banyak masa scrolling, ia secara tak langsung membuatkan anda "up to date" dengan apa yang berlaku dalam hidup rakan anda, malah artis-artis serta orang yang anda tak kenali. Mungkin jika dilihat dari sudut lain ia merupakan sesuatu yang bagus kerana anda peka dengan perkembangan rakan anda, tapi jika anda tahu apa yang orang lain makan 2 minggu lepas, itu dah jadi lain.

1. Facebook.com

ketagih facebook 636

Antara bukti kukuh, yang anda ketagih. Jika anda perlu melakukan kerja menggunakan komputer, sebagai contoh anda nak buat assignments , tetapi sejurus saja anda buka browser, perkara pertama yang anda lakukan adalah taip "www.facebook.com", walhal itu bukan tujuan utama anda menggunakan komputer. Sudah la dengan telefon anda tak habis-habis dengan Facebook, buka komputer pun Facebook juga? Dan bersambunglah episod anda ber-scrolling dan sedar tak sedar, due date assignments dah tamat. Memang sah ketagih!

Jadi, adakah anda rasa anda melakukan perkara-perkara di atas? Kalau ya, anda memang ketagih dengan Facebook! Tapi, jangan bimbang, ianya boleh dirawat. Tak semestinya ketagih akan Facebook ini sesuatu yang buruk, kerana bagi mereka yang "bekerja" menggunakan Facebook, ia adalah penting bagi mereka. Dan bagi anda, pastikan ketagihan Facebook anda itu memberikan manfaat kepada anda, dan juga tidak melalaikan daripada menjalankan tanggungjawab anda. Tak ada masalah kan?

Selamat ber-Facebook.

Rujukan : 

1. The Odyssey Online

2. Wonder

Previous
Next Post »
loading...