loading...

Wanita hamil keguguran selepas dirompak pemandu, mahu saman Uber

KUALA LUMPUR - Wanita hamil yang disamun pemandu Uber bersama dengan seorang lagi rakannya pada 21 Mei lalu, mengalami keguguran, lapor Free Malaysia Today,

Wong Mei Yan, 26, berkata, beliau mengalami keguguran kira-kira seminggu selepas kejadian itu dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Uber, akibat tekanan emosi dan kerugian yang ditanggungnya..

1

Menurut Wong, pada hari kejadian itu beliau tidak perasan ada seorang penumpang lain berada di tempat duduk hadapan, atau pemandu Uber berkenaan mempunyai ranking rendah.

Beliau hanya ternampak 'lelaki kecil kurus' itu apabila pemandu Uber berkenaan mula bercakap dengannya.

Wong hanya bercakap dengan pemandu Uber berkenaan apabila dia melalui jalan yang salah walaupun arahan telah diberikan kepadanya sebelum lelaki di sebelah pemandu itu tiba-tiab mengacukan pisau dan mengarahkannya menyerah segala barangan peribadi.

Khamis lalu, polis telah menahan pemandu lelaki berusia 22 tahun itu dan merampas sebuah kereta jenis Proton Saga BLM. Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Sementara itu, Uber dalam satu kenyataannya hari ini berkata mereka sedih dan kesal dengan kejadian yang menimpa mangsa dan akan terus berhubung dan membantu beliau.
Previous
Next Post »
loading...