loading...

Dihalau dari KLCC hanya kerana memakai pakaian tradisional Sarawak



KUALA LUMPUR - Viral di media sosial seorang lelaki mendakwa sekumpulan penari kebudayaan yang mahu merakam gambar kenang-kenangan di taman KLCC, dihalau oleh pihak pengurusan bangunan berkenaan.

Abam Supir, yang bertanggungjawab melayan kumpulan itu turut meluahkan rasa sedih apa yang berlaku serta kesal dengan tindakan pihak berkenaan.



"Mereka datang bagi menghadiri satu pertandingan tarian kebudayaan yang diadakan di Angkasapuri. Singgalah ke taman KLCC untuk ambil gambar kenang-kenangan tetapi dihalau oleh Management Petronas dengan alasan pakaian tidak sesuai.

"Mereka dihalau, seolah-olah memakai pakaian kebudayaan tersebut satu kesalahan. Bila ada pelancong yang mahu bergambar dengan mereka juga tidak dibenar. Yang lebih menguriskan perasaan apabila pihak berkenaan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya," katanya.

Nak amek gambar sini, pergi balik hotel tukar baju dulu...
Jelas Abam Supir, tetamunya itu hanya singgah untuk bergambar di taman atau kolam di KLCC itu sahaja, bukannya masuk ke dalam bangunan KLCC atau membuat persembahan di situ. Namun tetamunya dihalau seperti 'kucing kurap'.




Sementara itu, Haslina Bujang, turut mempersoalkan apakah wajar tindakan pihak berkenaan, sedangkan taman di KLCC adalah tempat awam dan pernah menjadi tempat pilihan untuk pasangan pengantin merakam hari bahagia mereka. 

"Taman KLCC adalah open for public dan sememangnya ada yang berpakaian beragama untuk mengambil gambar termasuklah mereka yang baru menjadi 'Raja Sehari'.

"Cuma saya ingin bertanya, apa pula dress code untuk mengambil gambar di kawasan KLCC, sekiranya ada? Bagi saya, asalkan pengunjung taman berpakaian dan bukan bogel, itu sudah memadai. Atau pihak pengawal keselamatan tidak memahami budaya dan tradisi masyarakat Sarawak? Tidakkah mereka tahu bahawa baju tradisional masyarakat Sarawak juga adalah pakaian tradisional Malaysia?

"Sebagai anak Sarawak, saya merasa ini adalah satu penghinaan kepada tradisi dan budaya masyarakat Sarawak. Dan sewajarnya pihak pengurusan Petronas jangan hanya lepas tangan dan perlu melihat masalah ini secara serius," tulisnya di Facebook

Previous
Next Post »
loading...