loading...

Budak 2 tahun dipukul dengan penyangkut baju & muka digigit Ibu Sendiri Sebelum meninggal dunia

KAJANG, SELANGOR - Kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun yang meninggal dunia akibat kecederaan dalaman pagi semalam, dipukul oleh ibunya menggunakan penyangkut baju sehingga dia menangis pada jam 10 malam Jumaat lalu, selain terdapat kesan gigitan di muka mangsa sebelum kejadian itu.



Memetik laporan Harian Metro, si ibu bersama teman lelakinya keluar dari bilik yang dihuninya di taska itu pada jam 1 pagi keesokan harinya dan pulang ke rumah pada jam 6 pagi mendapati mangsa sesak nafas.
"Kanak-kanak itu dipukul ibunya kerana meragam. Namun jam 6 pagi itu, si ibu meminta nombor teksi dari kakitangan lain kerana mahu membawa anaknya ke hospital kerana sesak nafas selepas terjatuh dari katil.

"Tidak lama lagi, dia memaklumkan anaknya sudah meninggalkan dunia," kata sumber Harian Metro.

Menurutnya, sebelum kejadian dipukul dengan penyangkut baju itu, mangsa dilihat dalam keadaan muka ada kesan gigitan dan lebam di badan.

Hasil bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati, mangsa mengalami kecederaan dalaman termasuk tulang rusuk patah dan pankreas terkoyak.

Siasatan juga mendapati, teman lelaki wanita itu mempunyai rekod kesalahan dadah dan ujian air kencingnya positif ganja.

Sementara itu, jiran yang enggan dikenali berkata, dia selalu melihat pasangan itu bersama dan menyangka mereka adalah suami isteri. Namun, rupa-rupanya pasangan kekasih.
Previous
Next Post »
loading...