loading...

Aaron Aziz Dedah Sebab Ambil Suntikan Steroid

Berpunca daripada kemalangan yang menimpa dirinya pada tahun 2013 ketika menjayakan penggambaran Fear Factor Malaysia di Afrika Selatan, sehingga kini Aaron Aziz terpaksa menahan sakit akibat daripada peristiwa tersebut.


“Sekarang masih sakit, doktor suruh buat pembedahan untuk betulkan sendi leher tapi saya tidak mahu. Buat masa ini saya berehat dan mengelakkan kerja-kerja berat,” jelasnya yang turut menyatakan dia kerap ke hospital bagi mendapatkan suntikan steroid untuk mengurangkan kesakitan.

Sementara itu, mStar Online turut melaporkan bahawa dia Aaron Aziz turut dilarang untuk melakukan apa-apa kerja berat kerana bimbang penyakit itu terus menyerangnya.

Boleh tahan juga kesan kemalangan tersebut kepada Aaron Aziz. Apa pun, semoga Aaron akan semakin pulih dan dapat menerukan kerjayanya sebagai kerjaya dengan baik.
Previous
Next Post »
loading...