loading...

Sekitar Majlis Sambutan Birthday Mira Filzah

Hari ini telah berlangsung dengan meriahnya sambutan ulangtahun kelahiran Mira Filzah yang diadakan oleh kelab peminatnya. Berbeza sedikit daripada sambutan terdahulu, kali ini Mira kelihatan comel mengenakan maskot unicorn berwarna putih dan merah jambu.

BACA: Zizan Razak, Mira Filzah Kini Keluar Bersama?

Manakala menerusi akaun Instagramnya, Mira memberitahu, pada ulangtahun kelahirannya kali ini, beliau telah menerima lebih daripada 500 kuntum bunga mawar daripada peminatnya. Memang bertuah Mira kerana disayangi ramai orang sehingga menerima ratusan bunga.

Dalam majlis hari jadinya yang ke 24 itu juga, antara tetamu yang hadir adalah kedua ibu bapanya serta kenalan rapat dan juga para peminat. Malah ruangan komen laman sosial pelakon itu juga penuh dengan ucapan hari jadi dari peminat yang turut mendoakan kesejahteraannya.

Apapun buat Mira, selamat hari jadi dan semoga terus sukses dalam industri hiburan. Diharap ulangtahun kelahiran kali ini membawa keberkatan dan kebahagiaan dalam perjalanan hidup selepas ini. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar sambutan hari jadi Mira. Enjoice! (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...