loading...

Sara Ali Kini Kembali Buka Tudung?

Jika sebelum ini pelakon Sara Ali pernah menyatakan bahawa dia sudah berhijab, namun baru baru ini tersebar gambarnya yang dilihat tidak bertudung sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat.

BACA: Sara Ali: Pakai Tudung Jaga Maruah, Wajib Kita Ikut

Menerusi laporan BH Online, gambar di mana dia tidak berhijab tersebut dirakamkan dipercayai di China ketika dia sedang mengikuti sebuah program di sana. Namun empunya badan enggan memberikan sebarang penjelasan mengenai tindakannya itu.

“Saya tiada komen hal ini. Tak ada apa yang nak saya diperkatakan dan orang di luar sana takkan faham,” jawabnya kepada portal berikut. Mungkin apabila sudah bersedia nanti pelakon ini akan hadir dengan penjelasan.

Sementara itu sebelum ini Sara pernah menyatakan bahawa tindakannya bertudung adalah di atas hidayah Allah dan menyifatkan tindakannya bertudung sebelum ini adalah ketentuan dari-Nya. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...