loading...

Farahdhiya Elak Bercinta Dengan Suami Orang

Mengakui pernah mengenali beberapa lelaki yang berstatus suami, namin penyanyi dan pelakon Farahdhiya menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak bercinta dengan suami orang. Malah perkara tersebut merupakan perkara utama yang perlu diketahuinya jika berkawan.

BACA: Faradhiya Idam Lelaki Gigi Cantik, Kaki Gym

“Kalau tanya mana-mana perempuan pun, sudah tentu pilihan utama adalah seseorang yang masih single dan duda pun tidak ada masalah. Sekarang ini nak kenal orang pun kena tanya dulu sama ada dia single atau sudah berkahwin”

“Sekejap lagi kalau keluar tiba- tiba suami orang dah cakap pula Farahdhiya rampas laki orang. Kadang-kadang lelaki ini sudah pun dia cakap tidak,” katanya kepada Rotikaya.

Tambahnya lagi, lelaki pilihannya bukanlah semestinya seseorang itu kaya tetapi memadailah untuk menyaranya serta keluarga. Selain itu, perlulah bersikap matang.

“Bagi saya biarlah orang itu boleh menyara saya, kalau saya tak bekerja pun dia boleh sara juga. Saya tak cakap awak kena bagi saya sebuah banglo, Ferrari dan Lamborghini.

“Kalau umur pula saya pilih seseorang yang matang dan bukanlah lelaki yang berpangkat bapa atau lelaki orang, itu semua minta jauh. Kalau dapat umur lingkungan saya yang masih single pun lagi bagus. Sebab bapa saya pernah cakap jangan pilih orang yang terlampau berumur sangat nanti hidup dengan dia berapa tahun saja,” katanya sambil berseloroh.

Sementara itu, Faradhiya juga turut berkongsi bahawa sebelum ini ada beberapa lelaki yang mengenalinya bersikap kebudak budakan kerana walaupun baru sahaja keluar bersama sudah mula untuk mengawal gerak gerinya. (rtky/h)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...