loading...

Elly Mazlein Terkilan Akaun Instagram Digodam

Tidak dinafikan laman sosial merupakan medium penting untuk selebriti berkongsikan pelbagai perkara. Dari soal kerjaya hinggalah kepada kehidupan peribadi, namun tidak bagi Elly Mazlein apabila akaun Instagramnya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Perkara malang itu disedarinya apabila ingin memuat naik posting di laman sosial tersebut tetapi gagal.

BACA: Elly Mazlein Tak Kisah Digelar Janda Gila Glamor

“Seperti biasa saya cuba masuk ke akaun Instagram tetapi gagal. Apabila disiasat, rupa-rupanya ia sudah digodam. Saya banyak berkongsi perkembangan anak, Sefhia menerusi Instagram selain bercerita perihal kerjaya. Memang sedih apabila semua koleksi gambar dipadam”

“Selain itu, Instagram menjadi tempat untuk saya berkempen Super Karoks dan macam-macam lagi. Bila jadi begini memang sedih. Apa pun, saya sudah maafkan siapa yang melakukannya. Insya-Allah petang ini saya akan buka akaun Instagram baru,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa yang sama Elly turut meluahkan rasa terkilannya apabila akaun Instagram digodam kerana di situlah banyak kenangan-kenangan serta perkembangan anaknya disimpan. Apapun cerita mengenai akaun selebriti digodam ini memang kerap didengar, di luar sana juga dah ramai selebriti yang terkena. Harap Elly bersabar menerima dugaan ini. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...